Festival Kesenian Islam (IFEST 2019) | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Festival Kesenian Islam (IFEST 2019)

Festival Kesenian Islam (IFEST 2019)

SARAWAK 23 September- Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak telah menganjurkan Festival Kesenian Islam (IFest) 2019 pada 23 September 2019 sehingga 28 September 2019 bertempat di Kampus UPMKB. Sebanyak 6 pertandingan telah dijalankan sepanjang 6 hari festival ini diadakan.

Antara 6 pertandingan tersebut termasuklah Pertandingan Menulis Khat (Kategori Sek. Ren, Kategori Sek. Men/IPT, Kategori Terbuka), Pertandingan Memanah (L/P) - (Kategori Sek. Ren, Kategori Sek. Men/IPT, Kategori Terbuka), Pertandingan Tilawah Al-Quran (L/P) - (Kategori Sek. Ren, Kategori Sek. Men/IPT), Pertandingan Syarahan Agama - (Kategori Sek. Men), Pertandingan Bercerita - (Kategori Sek. Ren) dan Pertandingan Nasyid Kontemporari - (Kategori Sek. Ren, Kategori Sek. Men/IPT, Kategori Terbuka).

Selain itu, pertandingan-pertandingan yang dijalankan ini bertujuan bagi mencungkil bakat para pelajar disamping meningkatkan minat terhadap kesenian Islam itu sendiri. Justeru itu, Kolej Sepuluh juga tidak ketinggalan menghantar seorang wakil bagi menyertai pertandingan Tilawah (P) kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Wakil daripada Kolej Sepuluh ialah Saudari Husna Sofea Binti Salim yang juga merupakan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Sekretariat Akademik (ACAEX) Kolej Sepuluh Sesi 2019/2020.

Seramai 13 orang peserta dikalangan IPT seluruh Malaysia yang turut menyertai pertandingan tilawah ini. Saudari Husna Sofea telah dinobatkan Johan dalam pertandingan Tilawah kategori Qariah (Perempuan) sekaligus menewaskan kesemua peserta yang bertanding. Kemenangan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa Pelajar IPT mampu berdiri sama tinggi di Peringkat Kesenian Islam ini. Beliau telah mengharumkan nama Kolej Sepuluh sekaligus Universiti Putra Malaysia (UPM) amnya.

Hadiah bagi pemenang tempat pertama ialah 'mock cheque’ bernilai RM 300.00, piala iringan dan sijil penyertaan. Sekalung ucapan tahniah dan penghargaan kepada Husna Sofea atas kejayaan beliau iaitu Johan Pertandingan Tilawah Kategori Perempuan IPT sempena Festival Kesenian Islam 2019 di UPM Kampus Bintulu, Sarawak.

Tarikh Input: 21/02/2020 | Kemaskini: 21/02/2020 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEePAM~