FORUM AMBANG RAMADHAN 2019 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » FORUM AMBANG RAMADHAN 2019

FORUM AMBANG RAMADHAN 2019

SERDANG 3 Mei 2019 - Sebuah forum agama bertajuk “Ibrah Perang Badar, Dengan Kuasa-Nya, Tiada Yang Mustahil” telah dianjurkan oleh Sekretariat Kerohanian Dan Perpaduan Kolej Sepuluh dan Kolej Sebelas sempena Program Ihya’ Ramadhan. Forum ini diadakan pada 3 Mei 2019 pada jam 9.00 malam sehingga jam 11.00 malam. Panel-panel bagi forum ini ialah Imam Muda Faris, PU Johani dan Ustaz Khairul Amri. Abdul Muiz Luqman, Presiden PMIUPM turut dijemput sebagai Moderator bagi forum ini. Forum turut dihadiri oleh Ketua Felo Kolej Sepuluh, En Ashaari bin Awab serta felo-felo Kolej Sepuluh yang lain. Pihak pengurusan kolej mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan Kolej Sepuluh dan Kolej Sebelas kerana berjaya mengadakan program yang amat berfaedah ini. Kami harap program kerohanian seperti ini akan dijalankan lagi pada masa hadapan.

Berita oleh : muhammad wildan azman

Gambar oleh : muhammad wildan azman

Tarikh Input: 05/05/2019 | Kemaskini: 07/10/2019 | ridzuanm

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEaMAm~