Forum: Mental Health Awareness | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Forum: Mental Health Awareness

Forum: Mental Health Awareness

22 Mei 2021, Sabtu - Forum: Mental Health Awareness yang dianjurkan oleh Sekretariat Komunikasi Korporat dan Integriti Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh Sesi 2020/2021 telah dijalankan secara atas talian melalui medium siaran langsung saluran YouTube K10 UPM. Program ini merupakan sesi perkongsian ilmu antara para panel daripada bahagian kaunseling UPM kepada para pelajar tentang masalah mental yang berlaku pada zaman sekarang dan Ia juga merupakan satu medium pertukaran pendapat golongan belia dalam kalangan pelajar universiti. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar supaya lebih cakna terhadap kesihatan mental. Program ini merupakan inisiatif awal CommRate untuk membuka mata dan minda masyarakat dalam memahami lebih lanjut berkenaan isu kesihatan mental dengan lebih terperinci, terutamanya tanda-tanda awal yang boleh mendorong kepada kesihatan mental yang sering berlaku terutamanya di kalangan pelajar yang dilihat semakin serius dan ketara. Selain itu, program ini juga dapat memberi pencerahan kepada para pelajar dalam mengenalpasti dan menganalisis masalah yang kompleks dan kabur serta membuat penilaian yang berjustifikasi khususnya masalah berkaitan pemikiran dan memberi ilmu yang lebih mendalam kepada para pelajar untuk mengembangkan minda ingin tahu dan dahaga ilmu bagi isu kesihatan mental. Melalui program ini juga, Kolej Sepuluh dalam dipromosikan sebagai salah satu kolej yang aktif mengadakan program perkongsian dan bermanfaat kepada umum. Program ini mensasarkan golongan pelajar universiti khususnya pelajar Kolej Sepuluh UPM. Program ini dimulakan dengan sesi berkenalan dengan para panel. Kemudian, moderator mengajukan beberapa soalan daripada pelbagai konteks kepada para panel. Impak program ini kepada masyarakat adalah membentuk masyarakat yang lebih peka kepada perkara - perkara yang boleh menjurus kepada masalah kesihatan mental. Akhir sekali, program diakhiri dengan sesi soal jawab antara penonton dan para panel, soalan diperolehi dari ruang komen. Program telah mendapat tontonan seramai 725 orang orang yang terdiri daripada 311 pelajar lelaki dan 414 pelajar perempuan daripada pelajar seluruh Malaysia. Semoga program yang memberikan impak besar seperti ini akan diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

Tarikh Input: 01/06/2021 | Kemaskini: 01/06/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeIAM~