Forum: Sinergi Alam | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Forum: Sinergi Alam

Forum: Sinergi Alam

Kolej Sepuluh, UPM, 26 April 2021 – Pada 25 April 2021, Sekretariat Alam Sekitar telah berjaya menganjurkan Forum Sinergi Alam menerusi platform Youtube Live. Program ini berkonsepkan forum di mana moderator dan ahli panel jemputan memberikan pandangan dan hujahan mereka terhadap permasalahan yang terjadi kepada habitat hidupan liar khususnya harimau, gajah dan tuntung. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan alam sekitar serta membincangkan inisiatif yang boleh dilakukan oleh masyarakat dalam usaha melestarikan alam sekitar. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang mampu membuat justifikasi tentang sesebuah situasi alam sekitar dan mengembangkan kemahiran berfikir.

Program forum ini mendapat sambutan yang meriah daripada para pelajar UPM khususnya pelajar Kolej Sepuluh. Kehadiran ahli panel jemputan yang sangat hebat dalam memberikan hujahan mereka memberi impak yang sangat positif kepada para pelajar. Antara ahli panel jemputannya ialah Dr. Chen Pelf Nyok dari Turtle Conservation Society (TCS), Dr. Wong Ee Phin dari Management and Ecology of Malaysian Elephant (MEME) dan En. Suzalinur Manja Bin Bidin dari Malaysian Conservation Alliance of Tigers (MYCAT).

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan turut mendapat maklum balas yang sangat positif daripada para penonton. Banyak soalan-soalan menarik yang telah diajukan kepada ahli panel menerusi ruangan ‘chat’. Jelaslah bahawa objektif program ini telah tercapai dengan jayanya kepada para penonton dan diharapkan juga usaha untuk menerapkan semangat alam sekitar dan cinta akan kehidupan liar dalam kalangan masyarakat akan diteruskan pada masa akan datang.

(240 patah perkataan)

 

Tarikh Input: 12/05/2021 | Kemaskini: 12/05/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeIAt~