FRISBEE FRENZY PUPUK SEMANGAT KESUKANAN DAN KERJASAMA BERPASUKAN | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » FRISBEE FRENZY PUPUK SEMANGAT KESUKANAN DAN KERJASAMA BERPASUKAN

FRISBEE FRENZY PUPUK SEMANGAT KESUKANAN DAN KERJASAMA BERPASUKAN

SERDANG, 16 Mei 2026 Program Frisbee Frenzy telah berlangsung dengan jayanya di Padang E, Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program anjuran bersama Pihak Pengurusan Kolej Sepuluh, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN), Kesatuan Mahasiswa, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM serta Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Zon 20 ini berjaya menghimpunkan seramai 64 peserta yang terdiri daripada pelajar UPM dan peserta luar.

Program ini dianjurkan bagi meningkatkan kefahaman peserta terhadap peranan dan posisi pemain dalam sukan frisbee, di samping memupuk semangat kesukanan serta penghormatan terhadap peraturan permainan. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada kepentingan komunikasi berkesan, kerjasama berpasukan dan kebolehan membuat keputusan dalam situasi pertandingan.

Sepanjang pertandingan, setiap pasukan beraksi dalam empat perlawanan berdurasi 30 minit. Format pertandingan yang tersusun bukan sahaja menguji kecergasan fizikal dan strategi permainan, malah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta daripada pelbagai latar belakang serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat.

Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada Care Cool Enterprise dan Extra Joss atas sokongan yang diberikan. Kejayaan penganjuran Frisbee Frenzy diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform memperkasa pembangunan sukan, kepimpinan dan sahsiah mahasiswa.

 

Gambar 1: Sesi Fotografi Selepas Majlis Penutupan Frisbee Frenzy.

 

Gambar 2: Penyampaian hadiah kepada pemenang kumpulan Tempat Pertama.

 

Gambar 3: Penyampaian hadiah kepada pemenang individu.

 

Gambar 4: Sesi bersalam-salaman selepas tamat perlawanan antara dua pasukan.

 

 

Gambar 5: Gelagat pemain ketika perlawanan bermula.

Tarikh Input: 12/07/2026 | Kemaskini: 12/07/2026 | ruzaimi

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
X, (06:02:24pm-06:07:24pm, 29 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]