Glow-Up Booster | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Glow-Up Booster

Glow-Up Booster

SERDANG, 28 Nov 2020 – Sekretariat Komunikasi Korporat & Integriti (CommRate), Kolej Sepuluh telah berjaya menganjurkan program Glow-Up Booster menerusi platform Google Meet. Program yang bermula seawal jam 8.00 malam ini diadakan khusus untuk pelajar perempuan K10 dengan tujuan untuk memberi pendedahan awal kaedah penjagaan kulit muka serta kepelbagaian jenis solekan mengikut kesesuaian majlis/aktiviti yang dihadiri pada masa akan datang. Program intensif ini turut dirangka sebagai salah satu platform awal bagi memupuk keyakinan diri peserta untuk berhadapan dengan orang lain.

Seramai 97 orang peserta terdiri daripada pelajar Kolej Sepuluh telah turut serta dalam program kali  ini. Program 2 jam ini disampaikan oleh Penceramah Jemputan, Puan Farah Hanan Abdul Malik yang juga merupakan Pegawai Pemasaran Mary Kay. Perkongsian dalam program Glow-Up Booster ini dibahagikan kepada dua (2) slot iaitu penjagaan kulit wajah dan solekan berpandukan kepada kepelbagaian majlis serta satu (1) slot khas berkaitan produk penjagaan diri Mary Kay.

Secara keseluruhannya, peserta dilihat aktif seawal program bermula. Ruangan ‘chat’ tidak putus- putus dihujani dengan pelbagai bentuk soalan berkaitan penjagaan diri. Hal ini secara tidak langsung dapat membuktikan program seumpama ini adalah penting dalam membentuk diri dan peribadi seseorang wanita dalam menjalani kehidupan seharian. Walaubagaimanapun, sesi interaksi dua hala ini dapat dikendalikan dengan baik hasil kerjasama moderator dan Puan Farah.

 

Tarikh Input: 08/12/2020 | Kemaskini: 08/12/2020 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeQAQ~