Gotong Royong Bilik Acacia Dan Alamanda | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Gotong Royong Bilik Acacia dan Alamanda

Gotong Royong Bilik Acacia dan Alamanda

26 Disember 2021, BILIK ACACIA DAN ALAMANDA - Sekretariat Akademik, Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh Sesi 2021/2022 telah menganjurkan satu aktiviti gotong-royong iaitu GotongRoyong Bilik Acacia dan Alamanda. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk membersihkan bilik-bilik khas Sekretariat Akademik iaitu Bilik Acacia dan Alamanda supaya lebih kondusif dan dapat digunakan oleh para pelajar untuk melaksanakan aktiviti perbincangan mahupun latihan.  

Aktiviti ini dimulakan dengan para pelajar berkumpul bagi sarapan pagi. Selepas sarapan pagi, para pelajar telah dimaklumkan tentang perjalanan dan agihan tugas sepanjang aktiviti gotong-royong tersebut berlangsung. Kemudian, para pelajar diagihkan kepada dua kumpulan bagi membersihkan dua buah bilik yang telah ditetapkan iaitu Bilik Acacia yang terletak di aras 3 Blok Lelaki dan Bilik Alamanda yang terletak di belakang Blok Perempuan. Para pelajar telah mengasingkan barang-barang dan buku-buku yang berada dalam bilik tersebut sama ada masih boleh digunakan ataupun tidak. Buku-buku dari Bilik Acacia telah dikumpulkan di Bilik Alamanda. Buku-buku yang tidak digunakan akan dihantar ke pusat kitar semula manakala buku-buku yang berkait dengan mata pelajaran daripada Fakulti Kejuruteraan serta Fakulti Rekabentuk dan Senibina akan diagihkan secara percuma kepada para pelajar yang memerlukan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. 

Aktiviti gotong-royong berakhir pada jam 1.00 petang dengan agihan makanan tengah hari kepada para pelajar yang terlibat. Semoga aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar yang terlibat dengan kesudian mereka mengerahkan keringat untuk membantu membersihkan bilik yang dapat digunakan oleh semua pelajar.  

(203 patah perkataan) 

 

Tarikh Input: 07/01/2022 | Kemaskini: 07/01/2022 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeKAD~