Gotong-royong Perdana Kolej Sepuluh | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Gotong-royong Perdana Kolej Sepuluh

Gotong-royong Perdana Kolej Sepuluh

SERDANG, 6 November 2022 - Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sepuluh sesi 2022/2023 dengan kerjasama pihak pengurusan Kolej Sepuluh telah berjaya menganjurkan program Gotong – Royong Perdana 2022. Program ini telah berlangsung selama sehari, bermula 8 pagi sehingga 4.30 petang. Program Gotong- Royong Perdana 2022 yang dilaksanakan di sekitar kawasan Kolej Sepuluh, UPM ini telah diadakan dengan tujuan membersih, menceriakan dan menaiktaraf kawasan Kolej Sepuluh disamping melahirkan modal insan yang berkepribadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan serta membina dan memelihara diri,persekitaran kolej yang bersih dan selamat. Terdapat 7 aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya ialah mengecat kerb keliling blok lelaki dan perempuan, mengecat besi tiang court (putih) + besi kuning blok lelaki + besi koridor blok lelaki, tingkat 7 blok perempuan – pemindahan barang,membersihkan kabin tilam + cat karb sepanjang pintu utama hingga padang, membersihkan rumah pengetua, flat Encik Ashaari dan Puan Nora, merewang memasak bersama kafe dan membersihkan nursery.

Program yang telah berlangsung selama sehari ini telah disertai oleh 273 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar Kolej Sepuluh. Peserta bukan sahaja dapat memupuk rasa bertanggungjawab dalam mencantikkan kawasan Kolej sepuluh ini, malah pelajar juga dapat menggunakan platform ini untuk mengenali dan merapatkan hubungan antara satu sama lain. Oleh itu, pihak penganjur berharap bahawa dengan adanya program Gotong - Royong Perdana 2022 ini, pelajar dapat menjadi individu yang bukan sahaja aktif dalam akademik dan celik mindanya, malah menjadi seorang pelajar yang mempunyai sikap kesukarelawan dalam apa jua situasi dan bersiap sedia untuk menyumbang tenaga.

Pihak Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh dan pengurusan K10 mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan menghargai usaha dan tenaga daripada peserta dalam menjayakan program ini sehingga selesai.

Tarikh Input: 27/11/2022 | Kemaskini: 27/11/2022 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeLAx~