GREEN THE COLLEGE 2018/2019 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » GREEN THE COLLEGE 2018/2019

GREEN THE COLLEGE 2018/2019

Pada 23 September 2018 bersamaan hari ahad, Sekretariat Alam Sekitar Kolej Sepuluh telah menganjurkan sebuah program yang dinamakan sebagai ‘Green The College’. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kebersihan Kawasan kolej sekaligus menaik taraf landskap kolej. Sepanjang program, pelajar diberikan kumpulan untuk menolong membersihkan daun-daun kering di hadapan kolej, membersihkan kawasan kolej.

 

            Pendaftaran pelajar bermula pada pukul 7.00am. Pada pukul 7.30am, pelajar mengambil sarapan bagi mengisi tenaga sebelum memulakan majlis. Tepat pada pukul 8.00am pelajar Kolej Sepuluh dan Kolej Sebelas berkumpul di dewan Sri Budiman, Kolej Sebelas bagi memulakan majlis perasmian. Majlis dimulakan dengan ucapan dan sedikit demonstrasi penanaman biji benih oleh En Fitri Bin Abdul Mutalib.

 

            Pelajar dibekalkan dengan alat pembersihan seperti plastic sampah, penyedok sampah dan pencakar bagi membersihkan daun-daun kering di sekitar  kolej. Majlis ini dianjurkan dengan harapan para pelajar dapat menghargai alam semula jadi dan meluangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti rekreasi dan penanaman. Aktiviti ini bakal menaikkan perasaan dan kesihatan mental sekaligus meningkatkan imej Kolej Sepuluh dan Kolej Sebelas.

 

Gambar sepanjang aktiviti

Tarikh Input: 24/09/2018 | Kemaskini: 07/10/2019 | ridzuanm

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeNAB~