Green The Earth | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Green The Earth

Green The Earth

 

 

Seramai 44 orang peserta telah berkumpul di anjung Kolej Sepuluh, UPM pada pukul 8.00 pagi. Selepas itu, Pengarah Program Green The College telah memberi sepatah dua kata untuk mengalu-alukan para peserta program. Pada masa yang sama, En. Muhammad Fitri Bin Abu Muntalib, Felo Penasihat Sekretariat Alam Sekitar, Kolej Sepuluh telah memberi taklimat kepada para peserta. Selepas itu, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Peralatan seperti penyapu, bag sampah dan parang disediakan untuk para peserta untuk memudahkan aktiviti gotong-royong. Kumpulan pertama telah mengutip sampah sarap di sekitar Kolej Sepuluh manakala kumpulan kedua telah menyapu sampah di Dewan Hibiscus. Peserta yang selebihnya telah membersihkan dan menceriakan Green House di belakang Kolej Sepuluh. Sebanyak 934 buah anak pokok telah dibersihkan dan disusun rapi di ruangan yang  disediakan. Beberapa orang peserta telah memotong semak di sekitar Green House dengan menggunakan parang. En. Muhammad Fitri Bin Abu Muntalib telah mengetuai para peserta dalam memberi tunjuk ajar semasa aktiviti gotong-royong dijalankan di Green House. Pada pukul 11.00 tengah hari semua peserta berkumpul balik di anjung Kolej Sepuluh selepas selesaikan kerja di Green House. Para peserta menjamu makanan ringan dan minuman yang disediakan. Program Green The College berakhir pada pukul 11.30 tengah hari dengan mengambil kedatangan para peserta untuk tujuan catatan dan merit.

 

Tarikh Input: 12/10/2017 | Kemaskini: 12/10/2017 | ridzuanm

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeKAi~