Health For You | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Health For You

Health For You

Kolej Sepuluh, UPM, 7 April 2021 – Pada 4 April 2021, Sekretariat Kesukarelawan dan Sekretariat Alam Sekitar telah menganjurkan sebuah program yang bernama Health For You (Health 4U). Program Health 4U merupakan program ceramah yang memberi kesedaran kepada para siswa dan siswi dalam hal yang membabitkan kesihatan berkenaan wabak pandemik iaitu virus Corona yang digelar sebagai COVID-19 serta wabak denggi yang kian dipandang ringan oleh masyarakat. Ceramah ini dijalankan untuk memberi kesedaran kepada semua masyarakat agar wabak-wabak tersebut tidak dipandang enteng terutamanya dalam kalangan anak muda. Tujuan utama program ini diadakan untuk menimbulkan kesedaran dan semangat kesukarelawanan dalam diri para pelajar Universiti Putra Malaysia tentang kepentingan menjaga kesihatan yang merupakan tanggungjawab semua pihak.

Seramai 347 orang pelajar Universiti Putra Malaysia telah mendaftarkan diri mereka untuk menonton dan mendengar ceramah hasil daripada program ini. Para penonton telah bersedia pada jam 10.00 pagi sebelum sesi ceramah dimulakan, manakala penceramah iaitu Dr. Rafee telah hadir secara bersemuka di Kolej Sepuluh pada jam 9.00 pagi. Sebelum ceramah dimulakan bagi slot pertama, para pelajar telah diminta untuk mengimbas kod QR yang telah dipaparkan di skrin kaca mengunakan medium YouTube rasmi Kolej Sepuluh. Begitu juga sebelum slot kedua dimulakan.Selain itu, pautan kuiz di setiap slot juga telah dipinkan di ruangan komen bagi memudahkan para penonton melibatkan diri bagi sesi soal jawab. Pihak penganjur telah menamatkan program pada 4 April 2021, jam 1.05 petang.

Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan turut mendapat maklum balas yang sangat baik dan positif daripada para penonton. Kejayaan program ini juga dapat dilihat melalui maklum balas di pautan Google Form berkenaan kuiz yang telah disoal oleh penceramah semasa live berlangsung di kedua-dua slot ceramah. Kesimpulannya, objektif program ini dapat dicapai dengan jayanya dan diharapkan juga usaha untuk memupuk semangat kesukarelawanan dan amalan penjagaan kesihatan dalam kalangan pelajar dapat dipertingkatkan.

Tarikh Input: 19/04/2021 | Kemaskini: 19/04/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeIAr~