HYDRO GARDEN | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » HYDRO GARDEN

HYDRO GARDEN

Kolej Sepuluh, UPM, 28 JUN 2021 – Sekretariat Alam Sekitar Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh Sesi 2020/2021 telah berjaya menganjurkan Program Hydro Garden yang diadakan pada setiap Ahad minggu pertama dan kedua bermula daripada 11 April 2021. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dalam kalangan pelajar Kolej Sepuluh. Selain itu, program ini memberi fokus kepada pembelajaran dan pengenalan penanaman sayur-sayuran seperti bayam, sawi dan salad secara hidroponik dalam kalangan warga Kolej Sepuluh. Tambahan lagi, program Hydro Garden dapat memupuk nilai keusahawanan dan meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang perniagaan. Seterusnya, program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli secretariat sambal menimba ilmu pengetahuan. Secara keseluruhannya, program Hydro Garden telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan turut mendapat maklum balas yang sangat positif daripada para peserta Kolej Sepuluh. Para peserta bukan sahaja akan mempelajari kaedah penanaman yang betul malah penjagaan penanaman sehingga proses penuaian dan penghasilan produk. Sayur-sayuran yang telah matang akan dipetik dan dijual kepada kafeteria Kolej Sepuluh. Jelaslah bahawa objektif program ini telah tercapai dengan jayanya kepada para peserta dan diharapkan juga usaha untuk menerapkan semangat alam sekitar dalam kalangan masyarakat akan diteruskan pada masa akan datang.

Tarikh Input: 02/07/2021 | Kemaskini: 02/07/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeNA3~