I - CARE 2019 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » I - CARE 2019

I - CARE 2019

Kuala Lumpur, 12 April 2019- Empat puluh (40) orang mahasiswa Kolej Sepuluh dan Kolej Sebelas telah menyertai program I-CARE 2019 anjuran Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan dengan kerjasama Pengurusan Kolej Sepuluh, Kolej Sebelas, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Kaunseling dan Pertiwi Soup Kitchen. r. Program bertujuan melatih mahasiswa menyumbang tenaga dalam aktiviti sukarelawan, membantu gelandangan tidak berkemampuan, gelandangan memerlukan pertolongan, menyuntik semangat keprihatinan, menyemai sifat bertanggungjawab dan membentuk sahsiah diri yang mulia.

Program ini telah diadakan di dua lokasi kota raya Kuala Lumpur bermula pada jam 9.00 malam dan mahasiswa berkesempatan untuk melakukan operasi edaran makanan kepada gelandangan itu. Lokasi pertama di Lorong Medan Tuanku 2 dan lokasi kedua di Jalan Hang Lekiu. Pertiwi Soup Kitchen memberikan penerangan kepada mahasiswa yang menjadi sukarelawan itu berkaitan cara kerja di dalam operasi pengedaran makanan yang dibahagikan mengikut empat kategori iaitu kanak-kanak, wanita, warga emas dan belia. Usai pengedaran makanan dibuat, mahasiswa berpeluang untuk mengedarkan makanan kepada gelandangan yang lain yang berada di sekitar lokasi. Seterusnya, mahasiswa Kolej Sepuluh dan Sebelas menjalankan aktiviti mengemaskan kawasan operasi pengedaran makanan. Program tamat pada jam 1.00 pagi selepas pengagihan semua makanan kepada gelandangan selesai.

Gambar : https://www.instagram.com/p/BwLwklpAnUt/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1j8numtwb6zre

Berita Oleh : Ahmad Affendi Md Yusop
Muhammad Wildan Azman
Mohd Syahrul Nazri Anuar

Gambar Oleh : Mohd syahrul nazri bin anuar

 

 

Tarikh Input: 13/04/2019 | Kemaskini: 30/04/2019 | ridzuanm

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeJAv~