IHYA’ RAMADAN 1443H | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » IHYA’ RAMADAN 1443H

IHYA’ RAMADAN 1443H

SERDANG, 29 April 2022 – Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan (SKP), Kolej Sepuluh (K10) telah berjaya menganjurkan program IHYA’ RAMADAN 1443 H yang bertempat di Sekitar Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini dijalankan sepanjang bulan Ramadan iaitu bermula daripada 2 April hingga 29 April 2022 dengan penyertaan keseluruhan berjumlah 693 orang. 

 

IHYA’ RAMADAN 1443 H merupakan program tahunan Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan, Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh untuk menghidupkan serta mengimarahkan bulan Ramadan dengan pelbagai pengisian seperti solat sunat tarawih, tadarus Al-Quran, ceramah Nuzul Quran, Majlis Khatam Al-Quran, kuliah Subuh, qiamullail dan #Just50Minutes. Tambahan juga, #Just50Minutes merupakan salah satu pengisian program IHYA’ RAMADAN 1443H yang diadakan bersempena dengan Sambutan Perayaan 50 Jubli Emas Universiti Putra Malaysia. 

 

Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk menggalakkan para pelajar untuk mengimarahkan bulan Ramadan dengan melaksanakan amalan ibadah serta mengeratkan ukhuwah antara para pelajar Kolej Sepuluh. Selain itu, untuk memupuk disiplin serta jati diri pelajar. Seterusnya menghasilkan lepasan graduan yang bukan sahaja mempunyai intelektual yang tinggi malah pengisian rohani yang utuh. 

 

Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan dan pihak Pengurusan Kolej Sepuluh mengucapkan berbanyak-banyak ucapan terima kasih kepada para peserta yang melibatkan diri dan menjayakan program IHYA’ RAMADAN 1443H ini. Sekalung penghargaan dan terima kasih turut diberikan kepada Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat & Endowmen (WAZAN) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM atas sumbangan dan kerjasama diberikan bagi membolehkan program ini satu realiti. 

 

Tarikh Input: 23/05/2022 | Kemaskini: 23/05/2022 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeIAX~