JEJAK KAMPUNG 2019 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » JEJAK KAMPUNG 2019

JEJAK KAMPUNG 2019

CAMERON HIGHLAND 2 April 2019 - Program Jejak Kampung 2019 telah diadakan selama 4 hari bermula 29 Mac sehingga 1 April 2019 di Kampung Rening, di sini.
Pasukan sukarelawan seramai 42 orang pelajar Kolej Sepuluh dan Sebelas termasuk tiga orang Felo dan sahabat masjid UPM memulakan perjalanan Program Jejak Kampung ke Kampung Rening dari Kolej Sepuluh tepat jam 12.30 malam dengan objektif utamanya untuk membantu orang asli di kampung berkenaan. Antara aktiviti yang dijalankan bersama penduduk kampung ialah aktiviti permainan bersama kanak-kanak orang asli, modul kesihatan, aktiviti menyumpit, “free market”, menyelusuri hutan dan menyediakan juadah makanan kepada seluruh penduduk kampung. Aktiviti terakhir yang dijalankan ialah menyerahkan barang sumbangan kepada semua keluarga di situ dan sumbangan keperluan balai raya Kampung Rening seperti papan putih, almari, kerusi dan meja banquet.


Safari Mat, Felo Kolej Sepuluh ketika ditemui berkata “saya amat sangat puas hati dengan program yang dijalankan dan penduduk kampung Rening telah berbesar hati menerima kunjungan pelajar Kolej Sepuluh dan Sebelas”. Tambah beliau lagi, program seumpama ini diharapkan dapat dijalankan secara berterusan pada masa akan datang.
Program Jejak Kampung merupakan salah satu aktiviti kemasyarakat anjuran bersama Kolej Sepuluh dan Sebelas yang diadakan setiap tahun dalam kalendar aktiviti kolej.

Berita Oleh : Zal-Hazmi Mohmmad Zin

Gamabr oleh : Albert wong yung lee

Tarikh Input: 30/04/2019 | Kemaskini: 30/04/2019 | ridzuanm

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeNAw~