KEPONG, 18 Januari 2026 – Program REX10 ECO-VENTURE anjuran Kolej Sepuluh telah berlangsung dengan jayanya di Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta.
Sepanjang program, peserta berpeluang meneroka keindahan alam semula jadi di FRIM melalui pelbagai aktiviti yang memberi pendedahan kepada biodiversiti hutan tropika. Program ini turut disertai oleh delegasi pelajar antarabangsa dari China, sekali gus mewujudkan peluang pertukaran budaya serta menggalakkan interaksi antara pelajar tempatan dan antarabangsa.
Aktiviti kemuncak, iaitu Treasure Hunt, dijalankan secara berkumpulan bagi menguji kemahiran komunikasi, kerjasama dan pemikiran kreatif peserta. Aktiviti ini berjaya meningkatkan semangat berpasukan selain menggalakkan peserta bekerjasama dalam menyelesaikan cabaran yang diberikan.
Secara keseluruhannya, REX10 ECO-VENTURE berjaya mencapai objektif penganjurannya dengan memberikan pengalaman pembelajaran di luar bilik kuliah yang bermakna. Program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform memperkukuh kesedaran alam sekitar, semangat perpaduan dan pembangunan sahsiah mahasiswa.

Gambar 1: Peserta dari kumpulan 5
Gambar 2: Fenomena ‘Crown Shyness’

Gambar 3: Slot Nature Trekking at Trails

Gambar 4: Slot Treasure Hunt
Tarikh Input: 12/07/2026 | Kemaskini: 12/07/2026 | ruzaimi

PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR