K10 CAREER STARTUP | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » K10 CAREER STARTUP

K10 CAREER STARTUP

SERDANG, 10 Disember 2022 – Seketariat Alumni dan Kerjaya, Kolej Sepuluh (K10) telah berjaya menganjurkan program K10 CAREER STARTUP dalam talian (Aplikasi Youtube Kolej Sepuluh) dan di Bilik Ilmiah, Kolej Sepuluh Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini telah dijalankan selama dua hari iaitu pada 6 dan 8 Januari 2023 (Jumaat dan Ahad) dengan kehadiran keseluruhan berjumlah 425 orang bagi keseluruhan program K10 CAREER STARTUP.

Tujuan program ini diadakan supaya Belajar teknik mencari pekerjaan di alam digital, belajar penulisan Curriculum Vitae (CV) dan resume yang efektif, penampilan profesional dan gaya komunikasi yang baik semasa temuduga. Secara keseluruhan adalah untuk membantu pelajar mempersiapkan diri sebelum menempuh alam pekerjaan serta mampu berdaya saing dalam industri untuk mendapatkan pekerjaan. Program ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada para peserta yang telah hadir.Hal ini dapat dilihat semasa pelajar aktif berinteraksi dengan penceramah sepanjang bengkel Career Preparation Workshop. Pelajar juga telah memberikan komitmen yang sangat bagus dari awal hingga ke akhir program yang bahawa para pelajar peka dengan kepentingan mempelajari cara membuat Curriculum Vitae (CV) yang efiktif dan etika sewaktu temuduga yang akan membantu para pelajar pada masa depan. Pihak Seketariat dan Pengurusan Kolej Sepuluh mengucapkan berbanyak-banyak ucapan terima kasih kepada para peserta yang melibatkan diri hadir dan menjayakan program K10 CAREER STARTUP ini. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat & Endowmen (WAZAN) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM atas sumbangan dan kerjasama diberikan bagi membolehkan program ini menjadi satu realiti dan berjalan dengan sangat lancar.

Tarikh Input: 16/03/2023 | Kemaskini: 16/03/2023 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeJAZ~