K10 Got Talent 2020 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » K10 Got Talent 2020

K10 Got Talent 2020

KOLEJ SEPULUH (K10), UPM, 21-24 DISEMBER 2020 – Pada 1 hingga 20 Disember 2020, Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian telah menghebahkan penyertaan K10 Got Talent 2020 kepada para pelajar Kolej Sepuluh melalui media sosial. K10 Got Talent 2020 merupakan satu bentuk pertandingan atas talian yang bertujuan untuk mencungkil serta menonjolkan bakat yang terpendam dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar Tahun 1. Program ini juga merupakan sebuah platform untuk mencari pelajar-pelajar sebagai pelapis dalam bidang tarian, nyanyian, serta lakonan untuk mewakili kolej dalam menyertai pelbagai jenis pertandingan yang bakal diadakan. Sehingga 20 Disember 2020 iaitu tarikh akhir penghantaran video terdapat 21 penyertaan yang direkodkan. Sepanjang 21- 23 Disember 2020 MPK Kebudayaan dan Kesenian telah memuat naik semua video rakaman peserta menerusi akaun Instagram Sekretariat Kebudayaan (@iamseta) sekaligus menyebarkan video-video peserta dari semasa ke semasa untuk memaklumkan kepada orang ramai bagi meningkatkan jumlah tontonan. Ramai pelajar telah melawati akaun Instagram tersebut untuk menonton video-video peserta. Program mendapat sambutan yang tinggi kerana dalam masa tiga hari, terdapat beberapa video telah mendapat tontonan sehingga 3000 views dan 500 likes. Pada 24 Disember 2020, setelah penjurian telah tamat dilakukan, sebuah video pengumuman pemenang telah dimuat naik tepat pada pukul 9.00 malam di Youtube K10 UPM. Secara keseluruhan, pertandingan K10 Got Talent mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pelajar Kolej Sepuluh, dimana pelbagai bakat nyanyian, tarian serta instrumen telah dipamerkan. Selaras dengan itu, pertandingan ini juga telah mendapat banyak sokongan dari pelbagai pihak melalui jumlah tontonan, like dan komen

Tarikh Input: 08/01/2021 | Kemaskini: 08/01/2021 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEePAO~