K10 Skills And Knowledge Youth Empowerement (K10 SKYE) | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » K10 Skills and Knowledge Youth Empowerement (K10 SKYE)

K10 Skills and Knowledge Youth Empowerement (K10 SKYE)

SYDNEY, AUSTRALIA, 26 FEBRUARI 2023 – Majis Perwakilan Pelajar (MPK), Kolej Sepuluh (K10) dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Sepuluh, Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan (PEMAJU), Fakulti Reka Bentuk dan Senibina (FRSB), Pusat Antarabangsa Universiti Putra Malaysia (i-Putra), Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat Dan Endowmen (WAZAN) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Putra Malaysia telah mengadakan program mobiliti pelajar ke Sydney, Australia iaitu K10 Skills and Knowledge Youth Empowerment (K10 SKYE).

 

Program ini berlangsung secara fizikal selama dua minggu iaitu bermula pada 26 Februari 2023 (Ahad) hingga 11 Mac 2023 (Sabtu) di Macquarie University, University of Sydney (USYD), University of New South Wales (UNSW), dan University of Wollongong, Australia. Seramai 15 orang pelajar dan 2 orang Felo Kolej Sepuluhtelah melibatkan diri dalam program ini.

Para peserta masing-masing terdiri daripada 14 orang pelajar daripada Fakulti Kejuruteraan (FK) dan seorang dari Fakulti Reka Bentuk dan Senibina (FRSB). Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk untuk meningkatkan kemahiran intelek pelajar melalui pembelajaran budaya masyarakat luar serta meningkatkan Global Competency pelajar dengan pengalaman pembelajaran luar negara.

Pelajar juga berpeluang untuk meningkatkan kefahaman mereka mengenai isu dan perspektif global yang berkaitan dengan ilmu yang diceburi di samping mempromosikan kebudayaan Malaysia dengan memainkan peranan penting sebagai duta kecil negara. Dua minggu di Sydney telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang padat, bermanfaat dan menarik. Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuklah seperti Pengajaran dan Pembelajaran di UNSW, bersiar – siar di sekitar kampus, sesi suai kenal bersama pelajar – pelajar Malaysia yang menyambung pelajaran di Sydney, perlawanan persahabatan bola keranjang UNSW-UPM dan aktiviti gotong – royong bersama komuniti Muslim di sekitar Masjid Darul Iman.

Pihak Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Sepuluh mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta yang terlibat dalam menjayakan program sepanjang dua minggu tersebut. Selain itu juga sekalung penghargaan kepada semua pihak atas sumbangan yang diberikan dalam menjayakan program ini. Diharapkan agar program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang dengan lebih baik.

 

 

 

 

Tarikh Input: 07/06/2023 | Kemaskini: 13/06/2023 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeNAU~