K10 Skills And Knowledge Youth Empowerment (K10 SKYE) Japan 2024 | KOLEJ SEPULUH k10
» BERITA » K10 Skills and Knowledge Youth Empowerment (K10 SKYE) Japan 2024

K10 Skills and Knowledge Youth Empowerment (K10 SKYE) Japan 2024

SERDANG, 21 Mei 2024 — Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh Sesi 2023/2024 telah menganjurkan Program K10 Skills and Knowledge Youth Empowerment (K10 SKYE) Japan pada 7 Mei - 21 Mei 2024. Program ini telah berjaya dijalankan selama empat belas (14) hari dengan penglibatan yang aktif oleh para peserta yang terdiri daripada lapan (8) orang pelajar lelaki dan lima (5) orang pelajar perempuan.

Program ini berjaya mendapat kerjasama daripada pihak Shinshu University (Nagano), Pihak Pengurusan Kolej Sepuluh, Fakulti Kejuruteraan, Pusat Antarabangsa PUTRA (i-Putra), Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowment (WAZAN), Kesatuan Mahasiswa (KM) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Putra Malaysia. Objektif program ini juga telah berjaya dicapai di mana ianya bertujuan untuk mengasah bakat kepimpinan pelajar Kolej Sepuluh di samping melahirkan duta kecil Universiti Putra Malaysia (UPM) di bumi matahari terbit. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program tersebut seperti lawatan ke Istana Matsumoto, Kuil Zenkoji, Akihabara dan pelbagai lagi. Aktiviti yang dijalankan juga disertai oleh pelajar daripada Shinshu University tersebut.

Melalui program ini, pelajar Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia bukan sahaja dapat menjalinkan hubungan yang rapat bersama pelajar Shinshu University, malah ia juga telah menjadi satu platform untuk pertukaran budaya antara Malaysia dan Jepun. Selain daripada itu, program ini juga telah berjaya menjadi satu medium pertukaran ilmu pengetahuan antara Universiti Putra Malaysia dan Shinshu University apabila peserta program sendiri ligat melibatkan diri dalam makmal dan kuliah yang berteraskan Kejuruteraan dan Seni Bina yang telah dijalankan di Shinshu University. Para peserta juga turut menggunakan medium ini dalam mempromosikan UPM kepada warga Shinshu University bagi menarik minat mereka dating ke Malaysia amnya dan UPM khususnya bagi melanjutkan Pelajaran atau membuat lawatan penanda aras. Pihak penganjur dan pihak Pengurusan Kolej Sepuluh mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta dan pihak yang terlibat sepanjang program ini dijalankan. Diharapkan agar program ini dapat terus dilaksanakan dan seterusnya menjadi platform bagi melahirkan pemimpin dan duta kecil UPM yang berkualiti tinggi.

Gambar 1: Welcoming party daripada pihak Shinshu University


Gambar 2: Aktiviti beriadah bersama pelajar Shinshu University


Gambarr 3: Lawatan Delegasi daripada Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCPI), YBhg. Prof. Dr. Zamberi Sekawi ke Shinshu University.


Gambar 4: Sesi bergambar selepas pembentangan perkongsian program semua peserta mobiliti.


Gambar 5: Lawatan Kenali Budaya ke Istana Matsumoto


Gambar 6: Lawatan industri ke Kilang Harmonic Drive di Matsumoto dan Ariake, Jepun

Tarikh Input: 26/06/2024 | Kemaskini: 26/06/2024 | ruzaimi

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
X, (11:53:33pm-11:58:33pm, 14 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]