‘K10 Sports League I' | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » ‘K10 Sports League I'

‘K10 Sports League I'

SERDANG, 25 Oktober 2022 - Sekretariat Sukan dan Rekreasi, Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh Sesi 2022/2023 dengan kerjasama pihak pengurusan Kolej Sepuluh telah berjaya menganjurkan program K10 Sports League I secara fizikal bertempat di Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia. Program ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 25 Oktober 2022 sehingga 29 Oktober 2022. Program K10 Sports League I telah diadakan dengan tujuan untuk mengenal pasti atlet yang berpotensi untuk mewakili Kolej Sepuluh ke peringkat Sukan Kolej (SUKOL). Selain itu, program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar Kolej Sepuluh. Antara pengisian aktiviti yang telah dijalankan adalah perlawanan acara Badminton, Bola Tampar, Futsal, Bola Jaring dan juga e-Sports. 

 

Program yang telah berlangsung selama 5 hari ini telah disertai oleh 346 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Kolej Sepuluh. Peserta bukan sahaja dapat mengenali satu sama lain melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, malah peserta juga dapat meningkatkan kerjasama antara sesama ahli pasukan dalam menyelesaikan atau memenangi suatu pertandingan di samping meningkatkan sifat kompetitif di dalam diri peserta. Oleh itu, pihak penganjur berharap agar dengan adanya program K10 Sports League I ini, pelajar dapat menjadi individu yang bukan sahaja celik mindanya, malah cergas tubuh badannya. 

 

Sekretariat Sukan dan Rekreasi, Majlis Perwakilan Kolej (MPK) serta pihak pengurusan Kolej Sepuluh mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang dan pasukan yang menjuarai acara Badminton, Bola Tampar, Futsal, Bola Jaring dan juga e-Sports. Semoga pemenang-pemenang ini dapat mengharumkan nama Kolej Sepuluh di peringkat Sukan Kolej (SUKOL) yang akan diadakan pada masa akan datang. 

Tarikh Input: 22/11/2022 | Kemaskini: 22/11/2022 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeIAl~