K10 SUPERSTAR | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » K10 SUPERSTAR

K10 SUPERSTAR

SERDANG, 24 Okt- Sempena Minggu Ukhwah satu program K10 Superstar telah diadakan di Dewan Sri Budiman, Kolej Sepuluh. Program ini bermula dari jam 8.30 malam sehingga jam 11 malam. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Prof. Madya Ir. Dr B.T Hang Tuah b. Baharudin sebelum persembahan daripada wakil setiap aras bermula. Terdapat tujuh buah persembahan yang dihidangkan kepada tetamu hadirin iaitu lima persembahan nyanyian dan dua persembahan tarian.

Pada akhir majlis tersebut tempat pertama dimenangi oleh kumpulan tarian yang diberi nama Wanna Wanna 10 yang diwakili oleh Nazri, Haziq, Aizat, Luqman dan Syahmi. Tempat kedua pula dimenangi oleh persembahan nyanyian Nabil Iman, Muhammad Afnan dan Shah Irman Haziq daripada Aras 5. Wakil Aras 4, iaitu Onya Daniel Syazani telah berjaya meraih tempat ketiga keseluruhan.

Berita Oleh : Mohamad Aedil Hakimie Sapini

Gambar : Instagram Kolej Sepuluh

Tarikh Input: 28/10/2019 | Kemaskini: 28/10/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeLAU~