K10 Tech Fiesta | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » K10 Tech Fiesta

K10 Tech Fiesta

SERDANG, 12 dan 13 November 2022 - Sekreteriat Teknikal dan Multimedia (STM) Kolej Sepuluh telah berjaya menganjurkan program K10 Tech Fiesta (K10TF) bertempat di Dewan Sri Budiman, Kolej 

Sepuluh dan dewan Seminar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program yang dijalankan selama dua hari ini dijalankan pada 12 dan 13 November (Sabtu dan Ahad) dengan jumlah kehadiran seramai 192 orang pelajar.Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran yang lebih mendalam kepada pelajar 

Universiti Putra Malaysia khususnya pelajar Kolej Sepuluh tentang kemahiran dalam mengendalikan sistem siar raya dan kemahiran insaniah dalam menggunakan perisian penyuntingan foto kepada pelajar 

selain dapat memberi pendedahan berkaitan penggunaan media atau ruang pendigitalan.Sambutan para peserta yang hadir sangatlah memberangsangkan. Hal ini dapat dilihat semasa slot yang pertama ketika sesi soal jawab bersama penceramah jemputan berkenaan aplikasi penyuntingan dan pengalaman beliau. Selain itu, para peserta juga menunjukkan minat dalam penyertaan kuiz yang diadakan pada slot yang ketiga. Perkara ini telah menunjukkan bahawa para peserta memberikan perhatian yang penuh serta menunjukkan minat yang dalam terhadap program yang dijalankan berkaitan multimedia dan teknikal.Pihak Sekretariat dan Pengurusan Kolej Sepuluh mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang melibatkan diri hadir dan menyokong dalam menjayakan program K10 Tech Fiesta (K10TF) ini. 

Sekalung penghargaan dan terima kasih turut diberikan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM dan Kolej Sepuluh atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan bagi membolehkan program ini berjalan dengan jayanya.

Tarikh Input: 07/12/2022 | Kemaskini: 07/12/2022 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeNA4~