Serdang, 28 Disember 2025 – 17 Januari 2026 – Program K10 UPSKILLS! 5.0: SHARPEN SKILLS, UNLOCK OPPORTUNITIES anjuran Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh sesi 2025/2026 berjaya dilaksanakan dengan pelbagai bengkel pembangunan kemahiran yang melibatkan pelajar universiti, pelajar sekolah dan masyarakat umum. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) serta beberapa sekretariat MPK Kolej Sepuluh.
Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Aminuddin Hassan, Pengetua Kolej Sepuluh UPM, yang menzahirkan sokongan terhadap usaha memperkasa pembangunan kemahiran pelajar melalui penganjuran program berimpak tinggi. Antara pengisian utama ialah Skillspire: Hero in Action, Robotics Workshop On the Road dan SKETCH2MOTION: MOVING IDEAS yang memberi pendedahan kepada pertolongan cemas, teknologi robotik serta penghasilan animasi digital.
Selain itu, program ECOART & TERRARIUM: MINI GARDEN memberi pendedahan kepada konsep terarium sebagai ekosistem mikro, manakala K10 Bengkel Seni Khat 2.0: Seni Dalam Tinta membimbing peserta menghasilkan karya khat secara praktikal. Program Santun Adat Istiadat: Bimbingan Protokol pula memberi pendedahan kepada asas protokol dan pengendalian majlis rasmi termasuklah etika di meja makan serta keterampilan diri.
Secara keseluruhannya, K10 UPSKILLS! 5.0: SHARPEN SKILLS, UNLOCKED OPPORTUNITIES berjaya menyediakan platform pembelajaran interaktif yang memperkasa kemahiran peserta dalam bidang teknologi, kreativiti, kepimpinan dan kelestarian alam sekitar. Program ini diharap dapat diteruskan sebagai inisiatif berimpak tinggi dalam melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi, selaras dengan aspirasi pembangunan negara.

Gambar 1 : Sesi Praktikal Pertolongan Cermas CPR daripada BSMM.
Gambar 2 : Fasilitator memberi penerangan Slot 1: Follow the line daripada Robotics Club UPM.

Gambar 3 : Sesi demonstrasi simulasi Animate It! dengan pengarah kreatif Les’ Copaque.

Gambar 4: Sesi penghasilan Khat bersama YBrs. Prof. Madya Dr. Abd Rauf Hassan.

Gambar 5: Majlis Perasmian Penutupan K10 UPSKILLS! 5.0: SHARPEN SKILLS, UNLOCK OPPORTUNITIES bersamaYBhg. Prof. Dr. Aminuddin Hassan, Pengetua Kolej Sepuluh merangkap perasmi program.
Tarikh Input: 11/07/2026 | Kemaskini: 11/07/2026 | ruzaimi

PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR