K10Alumni @ Distant Sharing “Eksplorasi Kerjaya Jurutera” | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » K10Alumni @ Distant Sharing “Eksplorasi Kerjaya Jurutera”

K10Alumni @ Distant Sharing “Eksplorasi Kerjaya Jurutera”

FACEBOOK LIVE PAGE: ALUMNI KOLEJ 10 UPM, 21 DIS 2020 – Pada tanggal 18 Disember 2020, Sekretariat Alumni dan Kerjaya Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Sepuluh dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan program K10Alumni @ Distant Sharing. Tujuan penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar berkaitan realiti kerjaya dalam bidang kejuruteraan. Cik Roslina Bin Japar telah dijemput sebagai panel bagi perkongsian pengalaman. Beliau merupakan alumni Kolej Sebelas (ketika wujud Kolej Sebelas) dan UPM kelas 2013. Sepanjang program berlangsung, Saudara Muhammad Maleq Isqandar Bin Nor Jalal, Pengerusi Sekretariat Alumni dan Kerjaya Kolej Sepuluh Sesi 2020/2021 telah bertindak sebagai Moderator. Antara kupasan sepanjang program ini berlangsung adalah skop pekerjaan asas sebagai seorang jurutera, cabaran sebagai seorang jurutera, dan tips menghadapi temuduga untuk menjawat jawatan sebagai seorang jurutera. Selain itu, beberapa persoalan juga telah diajukan kepada panel oleh para pelajar yang hadir sepanjang satu jam dan tiga puluh minit program ini bersiaran langsung di Facebook Live Page Alumni Kolej 10 UPM. Bahkan terdapat juga pelajar-pelajar daripada kolej lain seperti Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) dan Kolej Tun Doktor Ismail (KTDI) yang turut hadir menimba ilmu. Program ini berjaya meraih lebih kurang 350 tontonan secara puratanya sepanjang disiarkan secara langsung. Program ini diakhiri dengan kata-kata semangat daripada panel kepada pelajar yang hadir khususnya pelajar tahun satu agar terus berusaha dalam pengajian walaupun terdapat banyak kekangan dalam proses pembelajaran sepanjang lapan minggu berkuliah. Semoga program seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan dengan menampil panel-panel yang lebih arif beserta topik yang lebih rasional demi kebaikan pelajar di Kolej Sepuluh UPM. (259 patah perkataan)

Tarikh Input: 30/12/2020 | Kemaskini: 30/12/2020 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeIAr~