Keep It Clean And Green | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » "Keep It Clean and Green"

"Keep It Clean and Green"

 

KOLEJ SEPULUH, 17 November 2019 - Sekretariat Sukarelawan Kolej Sepuluh (K10CARE) telah menganjurkan program ‘KEEP IT CLEAN,KEEP IT GREEN’ pada 17 November 2019. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada 1.30 tengah hari. Objektif utama program ini dilaksakan adalah sebagai salah satu medium untuk mahasiswa dan mahasiswi untuk memupuk semangat sukarelawan sekaligus membentuk jati diri mahasiswa dan mahasiswi agar sentiasa memastikan persekitaran kolej Sepuluh berada di dalam keadaan yang bersih dan menyediakan persekitaran yang berkualiti untuk sesi pembelajaran mereka. Program ini mendapat sambutan seramai 32 orang peserta yang tergolong daripada mahasiwa dan mahasiswi koleh Sepuluh sendiri. Antara perkara yang difokuskan sepanjang program ini adalah untuk membersihkan Kawasan persekitaran kolej dan membersihkan longkang yang tersumbat sehingga menyebabkan air tidap dapat mngalir keluar dengan baik. Segala peralatan yang diperlukan untuk memudahkan kerja gotong-royong seperti cangku, plastik sampah, dan pencakar sampah telah disediakan oleh Kolej Sepuluh. Selain daripada itu, pihak Kolej Sepuluh juga menyediakan sarapan  pagi dan minuman kepada peserta semasa sesi pendaftaran agar mahasiswa dan mahasiswi berada didalam keadaan yang bertenaga sepanjang aktiviti berlansung. Seramai 4 orang penyelia hadir untuk memantau keadaan program dan keselamatan pelajar sepanjang sesi program dijalankan. Akhir sekali, diharapkan agar program-program berbentuk sukarelawan akan lebih kerap diadakan supaya dapat memberi mahasiswa dan mahasiswi peluang yang mencukupi untuk memupuk semangat sukarelawan didalam diri mereka.

Berita dan Website oleh:

Nur Ain Fitriah binti Zamrisham

Tarikh Input: 21/02/2020 | Kemaskini: 21/02/2020 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeKA0~