KEJOHANAN LARI BERGANTI-GANTI JALANRAYA (ROAD RELAY) 2019 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » KEJOHANAN LARI BERGANTI-GANTI JALANRAYA (ROAD RELAY) 2019

KEJOHANAN LARI BERGANTI-GANTI JALANRAYA (ROAD RELAY) 2019

SERDANG, 19 OKT – Pada 18 Oktober 2019 acara Larian Berganti-ganti (Road Relay) telah diadakan di Stadium Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM). Acara ini telah berlangsung pada jam 8:00 malam. Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta Kolej Sepuluh kerana telah berjaya meraih tempat ke-dua iaitu Naib Johan Keseluruhan bagi kategori lelaki. Manakala peserta wanita pula telah berjaya merangkul tempat ke-tiga Keseluruhan bagi kategori wanita.

Seramai 800 orang pelajar dari Kolej 10 telah terlibat dalam kejohanan ini yang terdiri daripada 400 pelajar lelaki dan 400 pelajar wanita. Penyertaan aktif dari pelajar lelaki dan wanita membuahkan hasil apabila masing-masing berjaya mendapat tempat bagi setiap kategori dalam kejohanan kali ini.

Dari kejohanan ini, bagi kategori lelaki,Kolej Tun Doktor Ismail (KTDI) mendapat Johan diikuti Kolej 10 sebagai Naib Johan seterusnya Kolej Canselor untuk tempat ke-tiga. Bagi kategori wanita, Johan bagi Lari Berganti-ganti Jalanraya merupakan Kolej Tun Doktor Ismail. Naib Johan ialah Kolej 17 manakala Kolej 10 berjaya merangkul tempat ke-tiga.

 

Berita oleh: Cindellia Dibah Jit

Gambar oleh: Alysha Auluck Amarjit Singh

Tarikh Input: 20/10/2019 | Kemaskini: 20/10/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeOAa~