Kejohanan Sukan Kolej (SUKOL) Bola Sepak Wanita 11’s | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Kejohanan Sukan Kolej (SUKOL) Bola Sepak Wanita 11’s

Kejohanan Sukan Kolej (SUKOL) Bola Sepak Wanita 11’s

Padang Bola Sepak A, UPM, 8 Disember – Sekretariat Sukan Kolej Sepuluh telah menganjurkan Sukan Kolej Bola Sepak Wanita 11’s di Stadium Pusat Sukan, UPM yang bertujuan bagi memupuk semangat berpasukan dalam diri pelajar. Bukan itu sahaja, program ini juga diadakan bagi melahirkan dan mencari atlet bola sepak wanita dari kalangan pelajar bagi mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM). 

Program bermula pada jam 8.00 pagi dengan persiapan khemah, meja dan peralatan sukan bola sepak yang lain oleh ahli jawatankuasa bertugas. Pada jam 8.15 pagi pendaftaran pasukan pertama iaitu pasukan Kolej Sepuluh dan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) telah mendaftarkan pasukan dan perlawanan pertama bermula pada jam 8.30 pagi.  Perlawanan dimainkan secara liga berkumpulan dalam 15 minit setiap separuh masa bermain dengan 5 minit rehat (15:10:15). Terdapat 7 buah kolej yang menyertai iaitu semua kolej kecuali Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) dan Kolej 17. Pemain dan semua yang hadir diberi masa rehat makan tengah hari dan solat Zohor dan perlawanan saringan kumpulan dan separuh akhir diteruskan lagi pada jam 2.00 petang. Perlawanan tamat pada jam 5.00 petang iaitu perlawanan akhir antara Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) dan Kolej Canselor (KC). 

Seterusnya, acara diteruskan lagi dengan sesi perasmian dan penyampaian hadiah kepada pemenang oleh jemputan VIP iaitu Prof. Madya Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin, pengetua Kolej Sepuluh diiringi Cik Rohaida Hassan, ketua unit pengelolaan sukan. Dalam kejohanan tahun ini, johan keseluruhan bola sepak wanita dirangkul oleh pasukan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) diikuti pasukan Kolej Canselor sebagai naib johan. 

Kejohanan berakhir pada jam 6.00 petang dan keseluruhannya penganjuran Sukan Kolej Bola Sepak Wanita 11’s berjalan dengan lancar sungguhpun hari sedikit hujan pada sebelah petang.

Tarikh Input: 21/02/2020 | Kemaskini: 21/02/2020 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeKAU~