KEM ILHAM PERKASA (KIP) KOLEJ SEPULUH 2021 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » KEM ILHAM PERKASA (KIP) KOLEJ SEPULUH 2021

KEM ILHAM PERKASA (KIP) KOLEJ SEPULUH 2021

KOLEJ SEPULUH, UPM, 29 SEPTEMBER 2021 – Kem Ilham Perkasa Kolej Sepuluh 2021 (KIP) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh Sesi 2021/2022. Objektif kem ini diadakan adalah bertujuan memberi penekanan kepada prestasi kumpulan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) serta memberi pendedahan berkaitan aspek kerjasama dan kepentingan semangat berpasukan kepada semua. Para peserta perlu diperlengkapkan dengan ilmu dan kemahiran kepimpimpinan di dalam bidang pengurusan, motivasi dan komunikasi yang berkesan. Pada 25 September 2021, telah bermulanya program KIP di mana majlis perasmian telah berlangsung. Selepas itu juga pelbagai aktiviti dijalankan selari dengan objektif program iaitu memberi pendedahan berkaitan aspek Kerjasama. Kem bermula pada 9 pagi hingga 10 malam pada hari pertama. Pada 26 September 2021, Kem diteruskan dengan adanya aktiviti seperti sistem pengurusan kualiti dan soal jawab kolej, pengurusan penajaan, pengurusan publisiti, dan taklimat pengurusan protokol. Pada malam harinya, satu slot bersama Ketua Pengarah Eksekutif TV AlHijrah iaitu encik Namanzee Harris yang diberi nama Pemimpin Holistik. Pada hari yang berikutnya, dimulakan dengan penerangan format kertas kerja, taklimat pengurusan mesyuarat dan bengkel penulisan surat. Seterusnya, aktiviti yang dijalankan adalah perbincangan kertas kerja program bersama felo penasihat. Pada 29 September 2021, Majlis Penutupan Kem Ilham Perkasa Kolej Sepuluh 2021 diadakan bagi melabuhkan tirai program yang berjalan selama 5 hari.

Tarikh Input: 12/10/2021 | Kemaskini: 12/10/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeIAF~