Kem Ilham Perkasa (KIP) Kolej Sepuluh 2022 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Kem Ilham Perkasa (KIP) Kolej Sepuluh 2022

Kem Ilham Perkasa (KIP) Kolej Sepuluh 2022

DEWAN SEMINAR, FAKULTI KEJURUTERAAN DAN KALUMPANG RESORT & TRAINING CENTRE, KERLING, 27 SEPTEMBER 2022 – Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh Sesi 2022/2023 telah menganjurkan sebuah program iaitu Kem Ilham Perkasa (KIP) Kolej Sepuluh 2022 pada 21 hingga 25 September 2022 (Rabu – Ahad). Program ini telah berjalan dengan jayanya selama lima hari empat malam dengan penglibatan yang aktif daripada para peserta. Seramai 39 orang peserta yang terdiri daripada 21 orang lelaki dan 18 orang perempuan. Objektif program ini telah berjaya dicapai dimana ianya bertujuan untuk mendidik pelajar menjadi bakal pemimpin yang berfikiran luas dalam bidang yang diceburi serta cekap, berdedikasi dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

 

Program ini dimulakan dengan majlis perasmian yang dirasmikan oleh Pengetua Kolej Sepuluh iaitu Prof. Ts. Dr. Wan Zuha Wan Hasan dan diteruskan dengan pengisian berilmiah selama dua hari yang bertempat di Dewan Seminar, Fakulti Kejuruteraan. Pelbagai pendedahan telah diberikan kepada barisan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) yang baharu tentang pengurusan program, taklimat merit, pengurusan penajaan, pengurusan mesyuarat, penerangan format kertas kerja dan penulisan surat rasmi. Kesemua aktiviti ini amat penting sebagai sebuah persiapan kepada bakal pemimpin yang akan menerajui sebuah organisasi serta mengendalikan program berimpak tinggi.

 

Kemudian, bengkel bersama pengurusan Kolej Sepuluh diteruskan pada hari ketiga dimana bengkel ini membincangkan halatuju Kolej Sepuluh dalam masa tiga tahun akan datang. Pelbagai idea yang menarik dan relevan berjaya disampaikan oleh para peserta semasa aktiviti ini berlangsung. Pada hari keempat, program ini diteruskan dengan aktiviti bersama fasilitator pihak Kalumpang Resort & Training Centre dimana objektif aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara MPK, felo dan pihak pengurusan Kolej Sepuluh. Aktiviti seperti merentas hutan, merentas sungai, treasure hunt dan night walk berjaya dijalankan tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

 

 

 

Pada hari terakhir program, majlis penutupan telah dijalankan di Kalumpang Resort & Training Centre dan telah dirasmikan oleh Pegawai Tadbir Kolej Sepuluh mewakili Pengetua Kolej Sepuluh. Borang maklum balas program juga telah diedarkan kepada para peserta bagi mengenalpasti sebarang penambahbaikan untuk program ini yang perlu dilakukan pada masa akan datang. Diharapkan agar program ini dapat diteruskan dan ditambahbaik bagi melahirkan pemimpin yang fleksibel daripada pelbagai aspek.

Tarikh Input: 30/09/2022 | Kemaskini: 30/09/2022 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeNAa~