Kolej Sepuluh, 13 September 2024 – Program Kem Ilham Perkasa yang dianjurkan oleh Ahli Majlis Tertinggi, Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh Sesi 2024/2025 telah berlangsung dengan jayanya selama lima hari bermula pada 9 hingga 13 September 2024 bertempat di Dewan Sri Budiman & Bilik Ilmiah, Kolej Sepuluh dan Auditorium Kaunseling, Bahagian Kaunseling, Universiti Putra Malaysia. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi penekanan kepada peningkatan prestasi Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh bagi sesi yang baharu serta memberi pendedahan berkaitan aspek kerjasama, kepentingan semangat berpasukan yang boleh dipraktikkan dalam organisasi dan juga kolej pada masa hadapan.
Program ini disertai oleh 39 orang barisan MPK dan dirasmikan oleh Pengetua Kolej Sepuluh, YBrs. Ts. Dr. Luthffi Idzhar Ismail, yang dalam ucapannya menekankan tentang pentingnya pengalaman dalam organisasi. Beliau menyatakan, "Menerusi pengalaman ini, anda para peserta dapat melatih diri untuk menjadi pemimpin yang berkaliber dalam sesebuah organisasi". Agenda program ini selaras dengan ucapan yang beliau berikan, iaitu mendedahkan kepada barisan MPK dengan pelbagai ilmu dan kemahiran kepimpinan yang menyeluruh, termasuk kemahiran berkomunikasi, gaya kepimpinan yang efektif serta prinsip integriti yang tinggi. Semua aktiviti yang dirancang ini direka khas bagi membina keyakinan diri dan memperkukuhkan komunikasi dalam kalangan ahli organisasi.
Menurut Pengarah Program KIP 2024, Saudari Wan Nur Afiqah, kem ini menumpukan sepenuh perhatian dalam slot-slot yang dirancang bagi memaksimumkan segala ilmu yang bakal diperoleh sekali gus dijadikan sebagai satu loncatan untuk persediaan menggalas tugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. Dengan kejayaan program ini, barisan MPK bagi sesi yang baharu dapat menimba pelbagai ilmu baharu bagi memastikan pemantapan organisasi yang berterusan. Melalui inisiatif ini, diharapkan barisan MPK bagi sesi yang baharu ini sentiasa bersedia berkhidmat untuk kolej dan menyumbang kepada kecemerlangan organisasi secara keseluruhan.

Gambar 1: Barisan MPK bersama Pihak Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen
(WAZAN), UPM

Gambar 2: Taklimat Kecemasan disampaikan oleh YBrs. Dr. Aditya Adawiah Darwis

Gambar 3: Perbincangan tentang Deskripsi Tugas MPK bagi sesi 2024/2025

Gambar 4: Taklimat Pengendalian Mesyuarat Biasa dan Penulisan Minit Mesyuarat
disampaikan oleh wakil felo, Puan Lili Amira Hazinan

Gambar 5: Taklimat Pemakaian Protokol disampaikan
Tarikh Input: 18/10/2024 | Kemaskini: 18/10/2024 | ruzaimi

PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR