Kem Kepimpinan, Penerokaan Dan Pembangunan 2022 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Kem Kepimpinan, Penerokaan dan Pembangunan 2022

Kem Kepimpinan, Penerokaan dan Pembangunan 2022

KOLEJ SEPULUH, UPM DAN SULTAN IDRIS SHAH FORESTRY EDUCATION CENTER (SISFEC), PUCHONG, 4 MAC 2022 – Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh sesi 2021/2022 telah menganjurkan sebuah program iaitu Leadership, Exploration and Development (LEAD) Camp 2022 pada 21 hingga 25 Februari 2022. Program ini telah berjalan dengan jayanya selama lima hari empat malam dimana pelbagai langkah keselamatan dan pencegahan COVID-19 berjaya dilaksanakan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Program LEAD Camp 2022 ini diadakan bertujuan untuk mengasah bakat kepimpinan dalam kalangan pelajar disamping untuk mengenalpasti bakal pelapis Majlis Perwakilan Kolej (MPK) pada sesi akan datang. Setelah dinilai daripada pelbagai aspek dan kriteria, seramai 43 orang pelajar Kolej Sepuluh telah terpilih untuk menyertai LEAD Camp 2022 yang bertempat di Kolej Sepuluh, UPM dan Sultan Idris Shah Forestry Education Center (SISFEC). Kesemua pelajar ini telah berjaya menyertai semua Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang telah dirancang sepanjang program ini berlangsung. Sepanjang LDK dijalankan, para pelajar telah dibahagikan kepada enam buah kumpulan kecil dan diketuai oleh seorang ketua kumpulan. Terdapat sembilan buah LDK yang telah dijalankan dimana kesemua LDK ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan iaitu dapat mengasah kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan pelajar. Bukan itu sahaja, elemen kepimpinan juga berjaya diterapkan dalam kalangan pelajar. Sepanjang program ini berlangsung, para pelajar dapat menepati masa dengan hadir 20 minit lebih awal pada setiap slot LDK seperti yang dimaklumkan oleh fasilitator. Hal ini menunjukkan bahawa para pelajar dapat bertindak mengikut arahan yang telah diberikan sepanjang program ini berlangsung. Program lima hari empat malam ini dapat dilaksanakan dengan jayanya sehingga ke Majlis Penutupan LEAD Camp 2022 yang dijalankan pada 25 Februari 2022, bermula pada jam 8.30 malam tanpa sebarang masalah yang tidak diingini berlaku. Semoga program ini dapat memberi impak positif kepada pelbagai pihak terutamanya kepada bakal pelapis Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh untuk sesi akan datang. (253 patah perkataan)

Tarikh Input: 22/03/2022 | Kemaskini: 10/04/2022 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeOAM~