Kempen Derma Darah | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Kempen Derma Darah

Kempen Derma Darah

 DEWAN  SRI  BUDIMAN,  KOLEJ  SEPULUH,  UPM,  27  Nov  2021  -  Pada  24  dan  25  November  2021,Pusat  Kesihatan  Universiti  UPM  telah  menganjurkan  sebuah  Kempen  Derma  Darah  dengan  kerjasama  Pusat  Darah  Negara  dan  Sekretariat  Sukarelawan,  Kolej  Sepuluh,  UPM.  Tujuan  kempen  tersebut  diadakan  adalah  untuk  membantu  Pusat  Darah  Negara  mendapatkan  bekalan  darah  yang  mencukupi  bagi  kegunaan  para  pesakit.  Sasaran  peserta  bagi  program  ini  adalah  seramai  100  orang  sahaja  yang  terdiri  daripada  pelajar  UPM  namun  disebabkan  program  ini  mendapat  sambutan  yang  baik,  jumlah  peserta  yang  telah  hadir  bagi  kedua-dua  hari  tersebut  ialah  seramai  190  orang.  Pada  22  November  2021,  notis  dan  poster  program  mula  dihebahkan  tepat  pada  jam  1.00  petang  melalui  aplikasi  WhatsApp,  Telegram,  Instagram  dan  Facebook.  Poster  fizikal  program  turut  ditampal  di  sekitar  kawasan  Kolej  Sepuluh.  Pada  24  November  2021,  program  bermula  tepat  jam  9.00  pagi  dan  peserta  mula  memenuhi  kawasan  dewan  dengan  pantauan  SOP  yang  ketat  oleh  ahli  jawatankuasa  bertugas.  Program  terpaksa  ditamatkan  awal  iaitu  pada  jam  12.00  tengah  hari  disebabkan  pihak  Pusat  Darah  Negara  telah  kehabisan  beg  darah  disebabkan  kehadiran  peserta  yang  melebihi  kapasiti.  Jumlah  penderma  yang  diterima  pada  hari  pertama  ialah  seramai  69  orang.  Pada  25  November  2021,  program  bermula  seawal  jam  9.00  pagi  dan  sasaran  jumlah  peserta  ditambah  kepada  100  orang  namun  jumlah  penderma  yang  diterima  ialah  seramai  87  orang  sahaja  bagi  hari  kedua  dan  program  telah  ditamatkan  pada  jam  2.00  petang.  Jumlah  penderma  bagi  kedua-dua  hari  ialah  seramai  156  penderma.  Setelah  program  tamat,  kawasan  dewan  mula  dikemaskan  dan  semua  ahli  jawatankuasa  diminta  untuk  melakukan  ujian  kendiri  Covid-19  sebagai  langkah  berjaga-jaga.  Program  pada  kedua-dua  hari  berjalan dengan sangat lancar dan mendapat maklum balas yang positif dari pelbagai pihak.

Tarikh Input: 08/12/2021 | Kemaskini: 08/12/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeKAr~