Kolej Sepuluh Di Ekspo Pertanian Dan Pesta Konvokesyen UPM 2019 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Kolej Sepuluh di Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM 2019

Kolej Sepuluh di Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM 2019

SERDANG, NOVEMBER 19 – Kolej Sepuluh telah menghantar beberapa kumpulan bagi setiap acara yang dipertandingkan di Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM 2019 bertempat di Bukit Ekspo, UPM. Antara pertandingan yang dipertandingkan adalah; rentak putra, pertandingan koir, nasyid dan nyanyian solo. Setiap kolej telah menghantar wakil bagi setiap pertandingan tidak terkecuali Kolej Sepuluh.

Bagi yang belum tahu, pertandingan rentak putra adalah pertandingan antara band band yang ditubuhkan oleh setiap kolej. Pertandingan ini lebih masyhur dikenali sebagai ‘battle of the band’. Malang sekali, wakil daripada Kolej Sepuluh tidak berjaya menempah tempat sebagai pemenang. Kolej Pendeta Zaba telah dinobatkan sebagai juara bagi acara ini diikuti oleh Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah dan Kolej Canselor. Walaubagaimanapun, Kolej Sepuluh telah berjaya mengungguli petandingan nasyid sebagai johan, diikuti oleh Kolej 13 dan Kolej 12. Kolej Sepuluh juga telah berjaya memenangi anugerah busana terbaik bagi pertandingan koir, dan nyanyian solo. Tidak lupa juga anugerah lain seperti vocal dan persembahan terbaik bagi acara nasyid. Selain itu Kolej Sepuluh juga berjaya meraih tempat kedua bagi pertandingan koir yang dimenangi oleh kumpulan daripada Kolej 17. Sedikit mendukacitakan apabila wakil daripada Kolej Sepuluh tidak berjaya meraih apa apa tempat bagi pertandingan nyanyian solo.

Sekian sahaja laporan bagi Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM 2019. Semoga Kolej Sepuluh terus unggul dan lebih berjaya bagi Pesta Konvo tahun hadapan.

Berita oleh: Muhammad Zulzafry Bin Mohd Zulkifly

Gambar oleh: Muhammad Wildan Bin Azman

Tarikh Input: 25/11/2019 | Kemaskini: 25/11/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEePAL~