Kolej Sepuluh Fun Ride | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Kolej Sepuluh Fun Ride

Kolej Sepuluh Fun Ride

UPM, 13 Januari 2020 - Sekretariat Rekreasi (XRAX) telah menganjurkan Tenth College Fun Ride bertempat di sekitar kawasan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan telah berlangsung selama sehari pada hari Isnin bertarikh 13 Januari 2020. Seramai 100 orang peserta telah terlibat dalam program ini termasuk ahli Majlis Perwakilan Kolej, felo dan pengetua Kolej Sepuluh.

Objektif program ini dijalankan adalah untuk melahirkan pelajar yang berani mencuba sesuatu yang baru selain dapat menyihatkan tubuh badan dengan bersukan serta berrekreasi. Selain itu, pelajar juga dapat melatih diri untuk bergaul dengan orang sekeliling dan bekerja secara efektif bersama komuniti setempat. Akhir sekali, aktiviti ini berobjektif untuk melahirkan pelajar yang vekap, dedikasi dan amanah serta mewujudkan pelajar yang aktif dalam bidang rekreasi. 

Antara pelaksaan aktiviti ini ialah kayuhan berganti ganti. 25 buah basikal dinaiki oleh peserta dari checkpoint satu menujuk ke checkpoint dua, Kemudian, penunggang akan bertukar. Begitu juga di checkpoint seterusnya. Peserta selain di checkpoint satu telah diarahkan untuk ke checkpoint masing menaiki bas. Di checkpoint satu, peserta telah berlepas pada jam 5:30 petang bersam- sama pengetua dan dikawal dan diiringi oleh wakil daripada Bahagian Keselamatan Universiti (BKU) sepanjang perjalanan. Setelah selesai, penunggang di checkpoint empat akan memulangkan semula basikal ke Kolej Sepuluh. Kemudian, peserta dilepaskan untuk makan malam. 

Pihak kolej dan XRAX ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dan juga tidak lupa kepada Bahagian Keselamatan Universiti atas bantuan yang diberikan sepanjang aktiviti dijalankan.

Tarikh Input: 21/02/2020 | Kemaskini: 09/06/2020 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeLAb~