Laporan Magic 10 Touch | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Laporan Magic 10 Touch

Laporan Magic 10 Touch

SERDANG, 10 Disember 2022 – Seketariat Komunikasi Korporat dan Integriti (CommRate), Kolej Sepuluh (K10) telah berjaya menganjurkan program Magic 10 Touch (M10T) bertempat di Dewan Seminar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program sehari ini telah dijalankan pada 10 Disember 2022 (Sabtu) dengan kehadiran keseluruhan berjumlah 40 orang daripada 40 orang peserta yang mendaftar. Tujuan program ini diadakan supaya peserta lebih beretika dalam pemakaian yang sesuai dengan majlis atau situasi. Para peserta juga telah dikenalkan dengan beberapa majlis formal atau tidak formal beserta kod pemakaian yang sesuai mengikut etika pemakaian yang betul semasa slot pertama iaitu Slot Bengkel Asas Penampilan. Aktiviti ini sangat penting kerana ia dapat dipraktikkan ketika berada di dalam kampus untuk ke dewan kuliah ataupun ketika menyertai mana-mana aktiviti formal atau tidak formal. Para peserta juga dapat menggunakan ilmu yang telah diperoleh daripada program ini ketika berada di alam pekerjaan supaya lebih profesional dalam bidang kerjaya. 

Sambutan daripada para peserta yang hadir sangatlah memberangsangkan. Hal ini dapat dilihat semasa sesi soal jawab bersama penceramah di setiap slot satu dan dua. Selain itu, ketika beberapa aktiviti dilakukan, komitmen yang diberikan oleh para peserta amatlah luar biasa. Perkara ini telah menunjukan bahawa para peserta memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa bengkel dan mempunyai minat yang sangat mendalam berkenaan cara penjagaan muka, dandanan rambut malah penampilan diri. Pihak Seketariat dan Pengurusan Kolej Sepuluh mengucapkan berbanyak-banyak ucapan terima kasih kepada para peserta yang melibatkan diri hadir dan menjayakan program Magic 10 Touch (M10T) ini. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat & Endowmen (WAZAN) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM atas sumbangan dan kerjasama diberikan bagi membolehkan program ini menjadi satu realiti dan berjalan dengan sangat lancar

Tarikh Input: 18/12/2022 | Kemaskini: 18/12/2022 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeJAT~