LARIAN WAR ON CANCER 2019 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » LARIAN WAR ON CANCER 2019

LARIAN WAR ON CANCER 2019

SERDANG, 22 Sept- Sekumpulan pelajar daripada kolej 10 telah menyertai satu acara larian yang dianjurkan oleh War-on-Cancer Malaysia (College of Physicians Malaysia) bersama Universiti Putra Malaysia dan KanWork pada 22 September 2019, ahad. Program yang sepatutnya diadakan di Bukit Expo, UPM itu bertukar lokasi ke Fakulti Biotechnology & Biomolecular Science, UPM atas halangan jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan para peserta.

Program bermula pada jam 8 pagi dengan pendafaran peserta, pemberian baju dan sarapan di Dewan Kuliah, Biotech 1, Fakulti Boitechnology & Biomolecular Science, UPM dengan penyertaan seramai 500 orang peserta. Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Datin Paduka Dato’ Aini Ideris, Naib Canselor UPM diikuti oleh ucapan oleh wakil War-on-Cancer, ngo – ngo terlibat dan tetamu kehormat yang lain. Selain itu, turut diadakan persembahan oleh artis artis tanah air dan acara cabutan bertuah buat para peserta. Majlis tamat pada jam 12 tengah hari.

Berita Oleh: Muhammad Zulzafry Bin Mohd Zulkifly

Gambar Oleh: Muhammad Shafiq Akib Bin Ghazali

Tarikh Input: 13/10/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeJAZ~