LEAD CAMP KOLEJ 10 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » LEAD CAMP KOLEJ 10

LEAD CAMP KOLEJ 10

LEAD CAMP 2020 – MENCARI YANG TERBAIK

Serdang, 18 Januari 2020 – Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh sesi 2019/2020 telah mengadakan program Leadership, Exploration and Development Camp 2020 (LEAD CAMP 2020) yang bertempat di Kolej Sepuluh, sekitar Kawasan UPM dan Sultan Idris Shah Forest Education (SISFEC). Seramai 76 orang peserta yang terdiri daripada 39 orang lelaki dan 37 orang perempuan yang telah dipilih untuk menyertai program LEAD CAMP 2020 ini.Bermulanya pendaftaran peserta program adalah pada 13 Januari 2020 bertempat di foyer blok perempuan, Kolej Sepuluh. Seramai 39 orang fasilitator yang telah terlibat secara langsung dalam menjayakan LEAD CAMP 2020 ini.

            Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan mengikut slot yang tertentu antaranya ialah Ice Breaking yang bertujuan untuk mewujudkan perkenalan antara peserta. Selain itu, slot ‘Coretan Kolej’ juga telah dijalankan pada hari yang sama dimana sewaktu slot ini berlangsung, Pengurus Kolej Sepuluh, Puan Rahiza Abu Hanipah turut hadir bagi berkongsi tentang isu dan permasalahan yang disuarakan oleh peserta program. Di samping aktiviti-aktiviti berbentuk Latihan Dalam Kumpulan (LDK), para peserta turut didedahkan dengan slot riadah yang dikendalikan oleh MPK tertentu pada setiap pagi dan petang sepanjang program ini berlangsung.

            Kebanyakan aktiviti yang dijalankan adalah berbentuk latihan kepemimpinan kepada para peserta, sebagai contoh aktiviti ‘Terompah Gergasi’ yang dikendalikan oleh Saudara Huzaifi dan Saudari Emilia. Dalam aktiviti ini, para peserta perlu membuat sebuah terompah bagi setiap kumpulan dalam jangka masa yang singkat. Melalui aktiviti ini, ia dapat melatih peserta untuk bekerjasama dalam kumpulan di samping bertindak secara pantas dan cekap dalam melakukan sesuatu tugasan dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Kesemua perkara ini amat diperlukan dalam diri seorang pemimpin.

            Seterusnya, pada 15 Januari 2020, para peserta bergerak ke Sultan Idris Shah Forest Education (SISFEC) diiringi oleh beberapa orang Felo yang turut membantu bagi memantau keselamatan peserta dan MPK sepanjang aktiviti berlangsung di sana. Pelbagai aktiviti telah dijalankan di SISFEC antara ialah Survival Night dan Night Walk. Sepanjang aktiviti berlangsung, keselamatan para peserta amat diutamakan tidak kira apa jua keadaan. Para peserta pulang semula ke Kolej Sepuluh pada 17 Januari 2020 bagi membuat persiapan Majlis Perasmian Penutupan LEAD CAMP 2020.

            Majlis Perasmian Penutupan LEAD CAMP 2020 telah diadakan di Dewan Sri Budiman, Kolej Sepuluh pada jam 9.00 malam. Majlis ini telah dihadiri oleh En Naszroul Haqimiee Rahmat sebagai tetamu kehormat dan Che Dini Maryani Che Mohammad Ishkandar El-Rahimin selaku felo penasihat bagi program LEAD Camp 2020 serta barisan felo dan barisan Majlis Perwakilan Kolej (MPK). Di harapkan supaya program seperti ini dapat ditambah baik dan diteruskan pada masa akan datang.

 

 

 

 

Tarikh Input: 12/02/2020 | Kemaskini: 12/02/2020 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEePAZ~