“LELAKI TERAGUNG” UPM, SERDANG | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » “LELAKI TERAGUNG” UPM, SERDANG

“LELAKI TERAGUNG” UPM, SERDANG

 

 

SERDANG, 5 SEPT- Sempena Minggu Perkasa Putra(MPP), Tazkirah Malam Jumaat (TMJ) telah mengadakan sesi rakaman episode bertajuk “Lelaki Teragung” pada 5 September 2019, 9:30-10:30 yang menceritakan tentang kekasih kita iaitu Rasulullah SAW. Moderator yang bersama sepanjang program antara ahli UNIC iaitu saudara Fakhrul  Radhi dan panel UNDANGAN, Al Fadel Ustaz Don Daniyal Don Biajid dan Ustazah Norhafizah Musa.

 

Hampir 4000 pelajar baharu Universiti Putra Malaysia (UPM) termasuk seramai 600 pelajar Kolej Sepuluh turut hadir dan memeriahkan sesi rakaman TMJ kali ini.

 

Rakaman Tazkirah Malam Jumaat terbitan Astro ini membawakan tajuk iaitu: Lelaki Teragung. Pada episod ini, tajuk yang dibawa berkaitan dengan kekasih umat Islam kita iaitu Rasulullah SAW di mana tajuknya “Lelaki Teragung”. Panel pada kali ini menceritakan bagaimana kisah Rasul kita daripada sebelum beliau lahir sampailah kewafatan beliau. Segmen kali ini amat menyentuh hati setiap individu yang hadir kerana penyampaian disampaikan oleh panel kita iaitu Ustaz Don Daniyal dan Ustazah Norhafizah Musa begitu mendalam.

 

Berita Oleh : Alysha Auluck Amarjit Singh

Gambar : Facebook Tazkirah Malam Jumaat

Tarikh Input: 06/10/2019 | Kemaskini: 13/10/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeLAF~