'Lichterfest X K10 Talent' | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » 'Lichterfest X K10 Talent'

'Lichterfest X K10 Talent'

SERDANG, 3 FEB 2022 – Jemaah Pengerusi Aras dengan kerjasama Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian dan Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan, Kolej Sepuluh (K10) telah berjaya menganjurkan program Lichterfest X K10 Got Talent bertempat di Kolej Sepuluh dan Dalam Talian. Program lima belas (15) hari itu bermula daripada 2 Januari 2022 sehingga 16 Januari 2022 dengan tujuan untuk membina dan merapatkan hubungan antara pelajar Kolej Sepuluh. Selain itu, program ini dianjurkan dengan objektif untuk menambah ilmu pengetahuan kepada pelajar dan menyemai semangat perpaduan di dalam diri pelajar. Program lima belas (15) hari ini telah disertai oleh 357 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar Kolej Sepuluh. Antara pengisian program yang telah dijalankan ialah Ceramah Perpaduan, K10 Sweet Express, Sukan Aras, K10 City, K10 Game On, futsal, bola jaring dan K10 Got Talent. Program Lichterfest X K10 Got Talent ini bermula pada 2 Januari 2022 dengan Ceramah Perpaduan yang bertajuk Talk: Together We Are One yang disampaikan oleh Encik Amr bin Ismail, Personal Trainer syarikat Supercoach. Ceramah ini telah diadakan menggunakan platform Youtube Kolej Sepuluh (K10 UPM). Pada 9 Januari 2022, Sukan Aras telah dipertandingkan, yang mempunyai dua acara iaitu galah panjang dan baling selipar. Bagi galah panjang kategori lelaki telah dimenangi oleh Aras 1 manakala galah panjang kategori perempuan telah dimenangi oleh Aras 5. Seterusnya, bagi acara baling selipar kategori lelaki telah dimenangi oleh Aras 1 dan baling selipar kategori perempuan telah dimenangi oleh Aras 4. Pada hari yang sama, pengedaran bagi tempahan K10 Sweet Express kepada penerima telah dijalankan dan mendapat sambutan yang tinggi daripada para pelajar. K10 Sweet Express yang mempunyai 3 pakej iaitu Pakej A, Pakej B dan Pakej C yang terdiri daripada donut dan bunga baby breath telah ditempah dan diberikan kepada penerima pada tarikh tersebut. Pada 14 sehingga 15 Januari 2022, K10 City, futsal, bola jaring, K10 Game On dan K10 got Talent telah dijalankan. K10 City telah dilancarkan di foyer blok perempuan, Kolej Sepuluh. Seterusnya, bagi acara futsal dan bola jaring telah dijalankan mengikut aras di gelanggang futsal dan gelanggang bola jaring, Kolej Sepuluh. Bagi acara futsal, telah dimenangi oleh Aras 3 manakala bola jaring telah dimenangi oleh Aras 4. Selain itu, K10 Game On, yang merupakan acara mini games telah dijalankan di Anjung AB blok perempuan, Kolej Sepuluh. Aktiviti yang menarik ini telah mendapat sambutan yang tinggi daripada para pelajar. Seterusnya, bagi pertandingan K10 Got Talent, telah dilangsungkan pada malam 15 Januari 2022 di foyer blok perempuan, Kolej Sepuluh. Pertandingan yang mempunyai 4 kategori iaitu kategori nyanyian, tarian, instrument war dan bebas ini telah disertai dengan 16 penyertaan. Bagi kategori nyanyian telah dimenangi oleh Najwa & Vit, manakala bagi kategori tarian telah dimenangi oleh kumpulan Phoenix. Selanjutnya, bagi kategori bebas dan instrument war telah dimenangi oleh OAD dan Ng Yu En. Penghujungnya, pada 16 Januari 2022, Majlis Penutupan Lichterfest X K10 Got Talent telah dirasmikan oleh Ketua Felo Kolej Sepuluh, En Mohd Lufti bin Mohd Tawil. Pihak Jemaah Pengerusi Aras, Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian dan Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang sepanjang program Lichterfest X K10 Got Talent. Antara hadiah yang telah dibawa pulang oleh pemenang ialah hamper, sijil pemenang dan plak. Pihak penganjur juga mengucapkan ucapan tahniah kepada Aras 2 blok lelaki dan Aras 5 blok perempuan yang telah dinobatkan Aras Terbaik sepanjang program Lichterfest X K10 Got Talent ini dijalankan. (429 patah perkataan

Tarikh Input: 22/03/2022 | Kemaskini: 22/03/2022 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeMAc~