Look East Policy Programme | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Look East Policy Programme

Look East Policy Programme

KITAKYUSHU, JEPUN - Kolej Sepuluh dengan kerjasama Kolej Pendeta Zaaba telah menganjurkan Program Pandang Ke Timur Siri Kelima bertempat di Kyushu Institute of Technology (Kyutech) Tobata Campus, Kitakyushu, Jepun dan telah berlangsung selama 14 hari dari 17 November 2019 sehingga 2 Disember 2019.

Objektif program ini dijalankan adalah untuk mendedahkan para peserta dengan nilai-nilai positif seperti ketepatan masa tentang negara Jepun. Selain itu, program ini juga dapat menjalinkan hubungan sesama pelajar dari kolej luar iaitu Kolej Pendeta Zaaba (KPZ) agar sama-sama dapat bertukar pendapat mengenai kolej dan universiti kearah yang lebih baik selepas pulang dari Jepun. Seterusnya, program ini juga akan meningkatkan ilmu pengetahuan para peserta tentang isu semasa. Seramai 23 orang peserta dari kalangan pelajar dari kedua-dua kolej, pegawai pemantau dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) iaitu Encik Shahrul dan juga pihak pengurusan dari KPZ yang turut berada bersama-sama pelajar pada minggu kedua turut terlibat sepanjang aktiviti dijalankan.

Pihak Kyutech telah menyediakan beberapa slot untuk berkongsi ilmu dan pengalaman antaranya; pengenalan makmal-makmal di Kyutech, lawatan ke Eco-Town (Pusat Kitar Semula Utama Fukuoka), pembelajaran seni kaligrafi Jepun (Kanji) dan Bahasa Jepun. Pelajar- juga telah mengambil inisiatif untuk melawat tempat-tempat menarik seperti Sarakura Mountain, Kokura City dan Hakata City sambal diiringi pelajar-pelajar dari Kyutech atas lebih mesra digelar ‘buddies’.

Pengalaman berada di negara orang sangat berbeza dengan berada di negara sendiri. Sesungguhnya, pengalaman itu sendiri amat bernilai bagi setiap individu. Pengalaman ini dapat diaplikasikan di Malaysia justeru dapat mencapai objektif mobiliti ini.

Tarikh Input: 21/02/2020 | Kemaskini: 21/02/2020 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeKAa~