LOVE THE NATURE 2019 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » LOVE THE NATURE 2019

LOVE THE NATURE 2019

21 APRIL, Bangi - Love The Nature,Sebuah program anjuran sekretariat sukarelawan (K10 care) UPM bersama pihak pengurusan Kolej Sepuluh dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM telah diadakan pada 21 April (Ahad) di tiga lokasi iaitu Kolej Sepuluh UPM, Tasik Cempaka Bangi dan Pantai Bagan Lalang Sepang. Program ini melibatkan 30 orang mahasiswa daripada Kolej Sepuluh. Program ini telah dijalankan dengan jayanya bermula seawal pagi dan berakhir pada 6.30 petang dengan pelbagai pengisian yang sangat bagus seperti aktiviti membersihkan persekitaran kolej, tasik dan pantai dan aktiviti penanaman pokok.
Objektif utama program ini adalah untuk memupuk dan membina semangat kesukarelawan dalam diri pelajar Kolej Sepuluh dalam menyedari sisi dunia luar daripada suasana universiti dalam melahirkan bangsa yang gemilang dari seluruh aspek selari dengan moto kolej “Gemilang Antara Terbilang”.
Program seperti ini adalah sangat digalakkan lebih-lebih lagi kepada para pelajar universiti kerana memberi impak yang sangat bagus kepada individu dan masyarakat. Antara kesan positif ialah melahirkan siswa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah juga pelajar yang holistik sejajar dengan harapan UPM dan mewujudkan suasana yang nyaman dan harmoni dengan persekitaran yang sentiasa bersih. Semoga program-program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

 

Berita oleh : Muhammad Zulzharif Zulkifli

Gambar Oleh : Kiishhen Kobbin

Tarikh Input: 30/04/2019 | Kemaskini: 30/04/2019 | ridzuanm

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeKAc~