MAJLIS AMANAT DR. TUAH BERSAMA PELAJAR BAHARU | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » MAJLIS AMANAT DR. TUAH BERSAMA PELAJAR BAHARU

MAJLIS AMANAT DR. TUAH BERSAMA PELAJAR BAHARU

 

SERDANG, 17 Sept– Majlis Amanat Pengetua (MAP 2019) hadir lagi bagi sesi 2019/2020 bersama Pengetua Kolej Sepuluh, Prof. Madya  Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin yang disertai pelajar-pelajar baharu seramai hampir 600 orang dari penginapan blok lelaki dan perempuan. Untuk rekod, dahulunya Kolej Sebelas yang menempatkan pelajar perempuan kini dikenali blok perempuan, Kolej Sepuluh.

 

Menurut Pengetua, pelajar-pelajar diingatkan untuk patuh kepada peraturan kolej pada setiap masa. “Pelajar-pelajar di sini adalah pelajar terpilih, maka, tidak ada sebab untuk kata tidak tahu menahu tetang peraturan selepas ia dilanggar” kata beliau lagi semasa majlis terebut. Sesi soal jawab antara penghuni kolej dan Pengetua juga telah diadakan. Presiden Majlis Perwakilan Kolej, Iskandar Zulkarnain Adamulhasza ketika ditemui berkata “saya sangat yakin pelajar-pelajar yang ada termasuk yang baharu akan sentiasa patuh pada peraturan, jaga disiplin dan tidak bermain-main ketika dalam kolej.”

 

Berita  Oleh: Alysha  Auluck Amarjit Singh

Gambar: Instagram Kolej Sepuluh

Tarikh Input: 06/10/2019 | Kemaskini: 13/10/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeNAR~