MAJLIS PELANCARAN READ@UNI: WITH KNOWLEDGE WE LEAD 2019 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » MAJLIS PELANCARAN READ@UNI: WITH KNOWLEDGE WE LEAD 2019

MAJLIS PELANCARAN READ@UNI: WITH KNOWLEDGE WE LEAD 2019

Sebuah majlis pelancaran program Read@Uni (With Knowledge We Lead) telah diadakan pada 12 April 2018 (Jumaat) di Dewan Auditorium Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Pelancaran majlis ini adalah sejajar dengan gagasan Kempen Dekad Membaca (DMK) 2021-2030. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris (Naib Canselor, UPM) disaksikan oleh En. Muzaffar Shah Kassim (Ketua Pustakawan, PSAS) dan Dato’ Nafisah Ahmad (Pengarah, Perpustakaan Negara).
Program Read@Uni ini diyakini dapat menyemarakkan semangat membaca dalam kalangan warga UPM. Tambah beliau lagi, amalan membaca juga mampu mempertingkat pembangunan dan kemajuan negara. Majlis turut menggunakan gimik daripada PutraBot; robot sumbangan oleh Toyota Malaysia kepada Fakulti Kejuruteraan untuk program pembangunan robotik selama 2 tahun.
Majlis tamat pada 10.30 malam selepas Penyampaian Anugerah dan Simbolik Penyerahan T-Shirt Sukarelawan Pustakawan dan persembahan 3 Minutes Talk daripada En. Zakwan bin Mohd Zaid (Fakulti Pertanian) dan En. Zainal bin Abdul Kadir (Pusat Pengurusan dan Penyelidikan).
Read@Uni juga telah menawarkan pelbagai aktiviti kepada warga pelajar UPM antaranya Bengkel Penulisan dan Penerbitan, Wacana dan Wakaf Ilmu, Perekayasaan Program Literasi Maklumat, Program Debat Universiti dan pelbagai lagi. Pihak Pengurusan Kolej berharap agar warga kolej dapat menyertai program yang ditawarkan ini.

Pautan Gambar : https://www.instagram.com/p/BwL-2CPg7_7/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=lanwakm9i25o

Berita Oleh : Muhammad Azrul Haqim bin Jaafar

Gambar Oleh: Kishen , Syakir

Tarikh Input: 13/04/2019 | Kemaskini: 30/04/2019 | ridzuanm

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeKAX~