Malam Kebudayaan Tiong Hua 2019 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Malam Kebudayaan Tiong Hua 2019

Malam Kebudayaan Tiong Hua 2019

Kolej Sepuluh, 4 Disember 2019 – Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian (Seta Cheng Xia) Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh telah menganjurkan Program Malam Kebudayaan Tiong Hua 2019 yang berlangsung pada 4 Disember 2019 bertempat di Panggung Percubaan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian, Universiti Putra Malaysia. Program tahunan ini bertujuan untuk mengintegrasikan para pelajar yang berbilang kaum bagi mewujudkan perpaduan seiring dengan hasrat Universiti dan negara Malaysia yang mementingkan keharmonian dan perpaduan antara kaum. Di samping itu, program ini juga membolehkan para pelajar menghayati dan mempelajari seni budaya tradisional masyarakat kaum Cina, Melayu dan India.

Selain itu, program ini melibatkan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa. Semangat kerjasama dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum merupakan elemen penting bagi mewujudkan hubungan erat antara kaum dan seterusnya merealisasikan hasrat Malaysia yang dapat dikaitkan dengan konsep penerimaan. Selain konsep penerimaan, konsep toleransi juga merupakan satu faktor yang penting dalam perpaduan. Dengan ada konsep penerimaan dan toleransi, para pelajar Universiti Putra Malaysia akan memahami sesama kaum tentang kepentingan mengekalkan tradisi masing-masing.

Program Malam Kebudayaan Tiong Hua 2019 dimulakan majlis pembuka bicara sebagai daya penarik kepada penonton yang hadir sementara menunggu tetamu kehormat tiba. Selepas itu, penonton disajikan dengan persembahan Tarian Zapin yang dipersembahkan oleh peserta SETA Walinongsari Kolej Sepuluh pada 4 Disember yang berjalan dari 8.15 malam sehingga 11.30 malam. Tarian zapin tersebut melambangkan identiti kaum melayu dalam kepelbagaian etnik dan diketuai oleh saudara Amirul Bari. Persatuan Zhong Hua Universiti Putra Malaysia telah menghantar sebuah pasukan yang terdiri daripada 7 orang peserta dalam program ini untuk mempersembahkan ‘Chinese Orkestra’. Pasukan tersebut telah mempersembahan dua buah lagu yang klasik yang pernah didendangkan pada era 80-an. Seterusnya, tarian tradisional Indian telah dipersembahkan sebagai selingan sebelum ke acara seterusnya. Majlis diteruskan dengan persembahan drama yang menarik juga untuk memeriahkan program tersebut. Program ini berakhir pada pukul 11.30 malam dan pelajar dari setiap kolej berpeluang mengambil gambar kenangan sebelum beransur pulang ke kolej kediaman masing-masing.

 

Website dan Berita Oleh: Putri Nuzul Hidayah binti Mohd Rijimi

Tarikh Input: 21/02/2020 | Kemaskini: 21/02/2020 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeJAt~