Malam Tunas Budaya | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Malam Tunas Budaya

Malam Tunas Budaya

 

Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM, 23 September 2019 - Sempena Program Malam Tunas Budaya 2019 (MTB 2019), satu pertandingan kebudayaan Interkolej telah diadakan di PKKSSAAS, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 18 September 2019 anjuran Seksyen Pengurusan Aktiviti Pelajar Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM. Penyertaan bagi Malam Tunas Budaya 2019  ini merupakan pertandingan yang wajib disertai oleh setiap pelajar tahun satu di setiap kolej di Universiti Putra Malaysia bagi memupuk semangat kebudayaan dan mencungkil bakat para pelajar dalam bidang kesenian. Pada tahun ini, MTB membawa tema ‘We Love UPM’ yang merupakan tema yang baharu bagi pertandingan ini bagi menerapkan rasa cinta dan kasih terhadap UPM terutama kepada pelajar tahun satu. Seramai 50 orang peserta telah mewakili Kolej 10 dan merupakan di bawah pemantauan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Sekretariat Kebudayaan & Kesenian, Kolej Sepuluh. 

Pertandingan ini bermula pada jam 8:00 malam yang dimulakan dengan persembahan khas daripada Kelab Senitari Adimastuli, UPM dan disusuli dengan persembahan kolej-kolej lain. Kolej Sepuluh membawa giliran kedua dalam pertandingan tersebut dan warga Kolej Sepuluh yang lain turut hadir memberikan sokongan yang penuh semangat kepada wakilnya.​

Kolej Sepuluh telah membawa drama tari berjudul 'Selangkah Harapan' yang menceritakan tentang detik-detik sebermulanya langkah pelajar dalam mendaki tangga kejayaan, mencorak warna kehidupan, dan mengeksplorasi diversiti budaya bangsa di varsiti tercinta hijau UPM. Segunung harapan, serumpun impian demi mencapai kejayaan berlaung ’We Love UPM’.

Kolej Sepuluh telah berjaya meraih anugerah khas iaitu Anugerah Publisiti Terbaik.​ Tahniah kepada semua pelajar baharu sesi 2019/2020 dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPK) yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

 

Berita dan website oleh:

Nur Ain Fitriah binti Zamrisham

Tarikh Input: 21/02/2020 | Kemaskini: 21/02/2020 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeOAW~