MERENTAS KAMPUS 2018/2019 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » MERENTAS KAMPUS 2018/2019

MERENTAS KAMPUS 2018/2019

Pada 30 September 2018 bersamaan hari ahad, program larian Merentas Kampus telah dijalankan disekitar kawasan University Putra Malaysia. Seluruh warga UPM membabitkan diri sebagai peserta pada program larian tersebut dan penyertaan adalah diwajibkan ke atas warga kolej sepuluh. Program Ini juga menerima tetamu undangan khas iaitu Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr Aini Ideris.Pengangkutan seperti bas UPM telah disediakan bermula jam 6 pagi sehingga jam 7.30 pagi bagi membawa para pelajar dari setiap kolej ke pusat sukan dimana bermulanya acara larian Merentas Kampus. Program Ini dimulakan dengan acara senamrobik dan tepat pada jam 8.15, acara larian bermula. Larian Merentas Kampus Ini terbahagi kepada 2 kategory. Kategori pertama, jarak larian sejauh 5km bagi pelajar perempuan dan kategori kedua, jarak larian sejauh 7km bagi pelajar lelaki.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kolej sepuluh yang terlibat kerana telah berjaya mencipta sejarah dengan mempertahankan kejuaraan buat kali ke-5 berturut turut.

 

Kedudukan :
🥇Kolej sepuluh
🥈Kolej tujuhbelas
🥉Kolej tigabelas

 

Gambar Aktiviti

Tarikh Input: 01/10/2018 | Kemaskini: 07/10/2019 | ridzuanm

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeLAJ~