MESYUARAT PERTAMA BARISAN PEMBERITA KOLEJ 10 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » MESYUARAT PERTAMA BARISAN PEMBERITA KOLEJ 10

MESYUARAT PERTAMA BARISAN PEMBERITA KOLEJ 10

SERDANG, 7 Okt- Mesyuarat Siri Pertama pelajar-pelajar Kolej 10 di bawah ‘K10 Technical Crew’, Seketariat Teknikal telah diadakan pada 6 Oktober di Bilik Mesyuarat Heliconia,di sini. Antara pengisian mesyuarat tersebut ialah kemaskini Laman Web Kolej 10 Sesi 2019/2020, penulisan berita dan pengisian multimedia telah berjalan dengan jayanya. Mesyuarat ini diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 itu dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Encik Fadhlil Zakuan Ahmad Fadzil selaku Penolong Pengurus Kolej Sepuluh. Dalam mesyuarat itu seramai 38 orang pelajar menjalankan tugas mengikut unit masing-masing iaitu Unit Berita, Unit Laman Web dan Unit Multimedia. Manakala, Unit Fotografi tidak terlibat daripada keseluruhan 4 unit kesemuanya yang bernaung di bawah ‘K10 Technical Crew’, Seketariat Teknikal, Kolej 10 itu.

 

Untuk rekod, ‘K10 Technical Crew’ adalah di bawah Felo Penasihat, Encik Ashari Awab bersama Penolong Pengurus Kolej Sepuluh yang telah memulakan perwujudan kelab ini pada sesi 2018/2019 yang lalu.

 

Wildan Azman, 20 tahun, berkata “ini adalah kedua kalinya atau dah setahun saya terlibat dalam kelab ini, saya harap kelab teknikal ini mampu jalankan tugas yang diamanahkan”. Menurut Wildan lagi, “walaupun saya berada dalam sekretariat, namun ketua kelab ini ialah Hafizul Hazmi untuk sokong dan bantu memantapkan lagi sekretariat teknikal” kata beliau yang juga merupakan Pengerusi Sekretariat Teknikal Kolej 10.

 

Unit Berita:

Cindellia Dibah Jit

 

Unit Laman Web:

Muhammad Wildan Azman

 

Unit Multimedia:

Nur Syamiela Wazir

 

Unit Fotografi:

Aizuddin Ajmal

Berita oleh: Cindellia Dibah Jit

Gambar oleh: Alysha Auluck Amarjit Singh

Tarikh Input: 06/10/2019 | Kemaskini: 13/10/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeLAV~