Minggu Giat Seni Putra | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Minggu Giat Seni Putra

Minggu Giat Seni Putra

SERDANG, 26, 27 & 28 Mac 2021 – Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian Majlis Perwakilan Kolej Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah dan Kolej Sepuluh sesi 2020/2021 telah berjaya menganjurkan program Minggu Giat Seni Putra. Program ini diadakan khusus untuk pelajar dengan tujuan untuk memupuk minat dalam diri pelajar terutama dalam bidang kebudayaan dan mencungkil dan mengasah bakat para pelajar menerusi aspek kebudayaan dan kesenian. Program Minggu Giat Seni Putra ini berlangsung dengan bermulanya bengkel yang bertemakan kebudayaan dan kesenian pada 26 hingga 28 Mac 2021 iaitu Bengkel Asas Tarian, Bengkel Asas Nyanyian dan Bengkel Asas Lakonan. Bengkel-bengkel ini telah dilaksanakan menggunakan platform Google Meet. Selepas selesainya ketiga-tiga bengkel, terdapat tiga pertandingan yang bersesuaian dengan bengkel yang telah dilaksanakan iaitu Pertandingan Arena Irama Malaysia, Pertandingan Arena Dansa Tradisi dan Pertandingan Arena Layar Hitam. Selepas semua acara telah dilaksanakan, Majlis Penutupan Minggu Giat Seni Putra pada 9 April 2021 telah berlangsung di Youtube K10 UPM dan Facebook Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah. Program ini disertai 1314 orang termasuk peserta dan penonton. Kolej Sepuluh telah memenangi Pertandingan Arena Irama Malaysia, pertandingan Arena Dansa Tradisi and pertandingan Arena Layar Hitam di tempat yang ke-tiga.

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 22/04/2021 | Kemaskini: 22/04/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeNAM~