MINGGU PERKASA PUTRA (MPP) SESI 2024/2025 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » MINGGU PERKASA PUTRA (MPP) SESI 2024/2025

MINGGU PERKASA PUTRA (MPP) SESI 2024/2025

Kolej Sepuluh, 29 November 2024- Program Minggu Perkasa Putra (MPP) 2024 telah berjaya dilaksanakan dari 3 hingga 13 Oktober 2024 di sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), termasuk Kolej Sepuluh dan Masjid UPM. Program ini mencatatkan pendaftaran seramai 3,598 pelajar baharu, dengan 606 daripadanya mendaftar di Kolej Sepuluh melalui saluran inklusif untuk ambilan pertama dan kedua. Naib Canselor UPM, Yang Berbahagia Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, turut hadir menyantuni para pelajar dan ibu bapa.

Sepanjang program, pelbagai aktiviti telah dislotkan seperti Slot Jiwa Putra 3.0 dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan rakan strategik lain. Slot ini bertujuan menyemai nilai kesukarelawanan dan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar baharu UPM. Aktiviti ini juga memberi penekanan kepada kepentingan “sense of belonging” untuk mengeratkan hubungan antara pelajar dan universiti.

Kemuncak program ialah Malam Tunas Budaya (MTB) pada 13 Oktober 2024 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Bertemakan "Cinta, Tanah & Warisan: Melodi dari Ladang ke Panggung," acara ini menjadi platform untuk pelajar baharu menonjolkan bakat seni mereka. Kolej Sepuluh, melalui usaha Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian, berjaya meraih Anugerah Keceriaan Terbaik.

MPP 2024 diakhiri dengan penuh penghargaan, meninggalkan kenangan bermakna kepada pelajar baharu dan fasilitator. Diharapkan pengalaman ini memberi manfaat jangka panjang kepada semua pihak, seperti kata pepatah, ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’.

Tarikh Input: 27/12/2024 | Kemaskini: 27/12/2024 | ruzaimi

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
W, (05:37:28pm-05:42:28pm, 27 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]